Sudah agak lama kes pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden berlanjutan. Masih belum ada lagi kata putus dari pihak berkenaan samada mereka bersalah atau tidak. Pasti kita mahu mereka dibebaskan apatah lagi tindakan mereka adalah untuk mendidik anak bukannya mendera.

Sedang kita menunggu keputusan mahkamah di Sweden, tiba-tiba ada pula tersebarnya cerita kurang enak mengenai pasangan Malaysia ini. Semalam, tersebarnya sekeping gambar print screen pendedahan berani bekas jiran senegara pasangan tersebut di Sweden yang mendedahkan pasangan terbabit sebenarnya hanya memberikan alasan ajar anak sembahyang untuk mempertahankan diri dari dicekup pihak berkuasa Sweden.

Ammboi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Anda boleh baca status pendedahan berkenaan dibawah:

isu pasangan dera anak di sweden

“Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She’s so biadap. Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum. Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer.”

Menurut ‘jiran’ berkenaan, pihak sekolah sudah memanggil kaunseling selama dua kali bagi menjernihkan keadaan namun si ibu dikatakan sering memberikan alasan ia adalah ‘cara Islam’.

“Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say, “this is muslim way”. School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids. Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman.”

Apa pun, marilah kita sama-sama doakan semoga kebenaran akan berada di pihak yang betul dan kanak-kanak tidak berdosa tidak menjadi mangsa keadaan. Hanya Allah dan keluarga itu tahu apa sebenarnya yang berlaku…Wallahualam.

Sumber: mynewshub.my via mymedialab.blogspot.com

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.