Isu Pemain Kelantan Sombong – Ini Penjelasan Apek (Khairul Fahmi Che Mat) | Ini adalah penjelasan dari salah seorang pemain Kelantan yang dinamakan dalam gambar pemain Kelantan sombong iaitu, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Apek terkilan dengan sikap tukang sebar cerita atau mengaku bapak kepada budak tu dimana telah memuatnaik gambar semasa dia dan rakan sepasukan lain tidak bersedia. Jelas Apek dalam mesej itu, mereka mungkin ada mengambil gambar lain, namun gambar yang sebegitu juga dijadikan bahan cerita.

mesej apek

Bagi ammboi, kalau anda masih tak percaya dengan penjelasan Apek ni, kita pakat mohon siasat siapa yang meng’upload’ gambar ini. Mungkin agak susah, namun gambar budak (anak dia) tu ada dan kita boleh sama-sama sebarkan info ini sehingga budak tu berjaya dikesan. Atau adalah lebih baik orang yang upload ni memberi penjelasan lebih lanjut mengenai isu ini. Kalau benar pemain Kelantan ini sombong maka seluruh Kelantan mungkin akan memohon maaf kepadanya.

gambar pemain kelantan mesra peminat

Sesungguhnya penyebaran fitnah sebegini boleh mencemarkan imej rakyat Kelantan keseluruhannya.

kredit pada semua pemilik gambar berkenaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.