Isu Pertunangan Secara Rahsia – Penjelasan Diana Amir | Diana Amir sudah sah bergelar tunangan orang. Siapa jejaka bertuah berkenaan? Khabarnya beliau bernama Habib dan merupakan seorang pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah. Jadi sah beliau bukan ustaz sebagaimana yang disebarkan media sebelum ini.

Namun yang menjadi persoalannnya pihak media kenapa Diana Amir tidak menghebahkan cerita pertunangannya itu? Disini ammboi petik penjelasan Diana Amir yang disiarkan dalam Kosmo hari ini.

Sejujurnya, kalau boleh saya tidak mahu menghebohkan tentang pertunangan saya. Cukuplah sekadar kami sekeluarga tahu tentang majlis tersebut. Saya mahu ia berjalan dengan tenang dan apabila tiba waktu ingin bernikah kelak, barulah saya akan mengumumkannya. Ini kerana pada pandangan saya, ia hanya dalam peringkat bertunang.

Bagi saya juga, bercinta dan bertunang bukan sesuatu perkara yang perlu dihebohkan. Kita manusia yang hanya mampu merancang, dan yang menentukan kelak ialah Allah SWT. Memang dari awal lagi saya tidak mahu hebohkan. Ramai juga yang bertanya, namun saya tidak mahu banyak komen. Alhamdulillah, ramai yang faham akan keadaan tersebut dan memberi kata-kata positif kepada saya.

(Gambar pada majlis pertunangan pelakon Diana Amir dengan pensyarah yang hanya dikenali sebagai Habib beberapa hari lalu kini tersebar di internet. Diana berharap khalayak mendoakan hubungan mereka kekal hingga bergelar suami isteri)

Jadi, sudah jelas sekarang. Janganlah ganggu Diana Amir dan bakal suaminya itu lagi. Berilah Diana Amir dan Habib ruang untuk tenang dari sebarang propaganda negatif.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.