Kelmarin kita dikejutkan dengan berita restoran nasi kandar terkenal diarah tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan. Dalam pada itu, ada yang tidak bertanggung jawab menyebarkan cerita kononnya restoran berkenaan ditutup oleh kerana penemuan najis manusia dalam peti simpanan restoran itu.

Bagaimanapun pihak restoran itu menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia dan beliau menjelaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 November 2013 itu atas faktor kebersihan. Pengurus restoran berkenaan Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah juga berkata, hanya Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom, Perak diarah tutup manakala Restoran Nasi Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa. Kedua-dua restoran berkenaan milik keluarganya.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Dalam pada itu, menerusi laporan Sinar Harian, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida menyatakan permintaan maaf secara terbuka, semalam setelah didakwa menyebarkan fitnah melalui laman sosial Facebook terhadap Restoran Nasi Vanggey, Greentown. Ze Aida, 24 akui tidak berniat untuk menghina atau memburuk-burukkan restoran tersebut. Dalam status Facebooknya, Ze Aida menyebut bahawa pihak polis menemui najis manusia dalam peti simpanan makanan restoran tersebut.

restoran nasi kandar ayam merah

“Saya tiada niat untuk menghina restoran ini dan kontroversi itu berlaku apabila saya menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran itu. Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah ‘print screen’ status saya itu lalu menyebar luaskan,” katanya dalam satu sidang media yang turut dihadiri pengurus restoran, Ahmad Fazli Mohammed dan pengarahnya, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik.

Menurut Ze Aida, laporan polis sudah dibuat Khamis lalu di Balai Polis Sungai Senam. Sementara, Ahmad Fazli berharap penjelasan dan pengakuan Ze Aida itu akan dapat mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap restoran mereka.

p/s: Harap semua restoran lain-lain ambil perhatian berkenaan faktor kebersihan. Ammboi bukan tujukan pada semua restoran, tetapi tak dinafikan ada restoran yang memang nampak cantik dari luaran, namun dibelakang memang agak menjijikkan..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.