Ketika pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta‘ ini.

Terkini, pelakon Ezany Nizariff tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini. Menerusi status di akaun Facebook nya, Ezany memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu hal.

ezany

“Pelakon Shahnaz yg sy kenal,seorang yg hormat pelakon senior,sopan n sentiasa beri kerjasama.mungkin klu timbul isu mengenai beliau,kerana beliau bukan plastik yg bercakap belakang.tetapi akan terus kedepan dan bertanya.mungkin pihak lain tak suka dgn cara beliau.bagi saya beliau tidak plastic.steady bro!” tulisnya.

Sukar untuk dipastikan siapa di pihak yang benar atau salah. Namun, diharapkan isu ini dapat diselesaikan secara baik dan tidak berpanjangan sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pelakon lain dan juga peminat.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.