Ibu bapa empat remaja mohon maaf
26/08/2010 1:37pm

SEREMBAN 26 Ogos – Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, pada Isnin lepas, hari ini memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak-anak mereka itu.
Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53; dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd. Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi ini.
Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.
Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.
Mereka melahirkan rasa kesal dan duka cita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.
Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari. – Bernama
Petikan Kosmo! Online

Ulasan Penulis :

Kejadian sebegini memang tak wajar berlaku kat negara kita ni. Kerajaan kita dah sungguh2 menekankan hal PERPADUAN. Tapi mereka (bebudak tu) memang jenis tak dengar kata kot. Ammboi bukan nak mengapi-apikan cerita, bukan juga nak menuduh semata. Ammboi menulis atas dasar 1 NEGARA, 1 MALAYSIA.
Ammboi tak berniat untuk menyalahkan mana-mana kaum. Ingat kita 1 MALAYSIA. Biar berbeza agama, kita tetap 1 NEGARA. Jadi, kena faham-fahamlah wahai adik2, hormatilah orang lain. Jangan melakukan perkara yang boleh mencemarkan hubungan baik dalam NEGARA KITA.
Jika ada remaja MELAYU yang buat hal pun ammboi akan tegur. Tegur dalam blog ni pun kalau ada yang sudi baca gak terima kasihlah.
Bagi ammboi, mereka (remaja berkenaan) patut diberi pengajaran sedikit. Hukuman yang sewajarnya suh ajer mereka tu gotong-royong bersihkan masjid tu balik. Tak salah kan…?

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.