Berita pelakon, Adi Putra didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri seorang ahli perniagaan ternyata amat mengejutkan peminatnya namun sehingga kini rasanya ramai antara mereka yang berdiri teguh dibelakang beliau dan bersedia untuk terus menyokong pelakon popular berkenaan. Mereka beranggapan, ada yang sengaja menganiaya Adi Putra dengan skandal berkenaan dan tidak sabar untuk mendengar apa keputusan siasatan polis.

Dalam pada itu, Adi ada membuat kenyataan bahawa isu berkenaan telah membuatkan dirinya sekarang berada dalam keadaan tertekan. Namun Adi berkata, dengan adanya sokongan isteri tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangatnya berdepan dengan hal itu. Jelasnya lagi, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.

adi putra

“Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan. Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya. Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa Allah”, katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Difahamkan Adi Putra bakal mengadakan satu sidang akhbar khas dalam minggu ini, bagi menjelaskan segalanya mengenai isu tersebut. Sama-sama kita menantikan penjelasan daripada beliau.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.