Pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani telah terbang ke Bali, Indonesia bersama suami tercinta, Shaarin Razali pada 8 Jun 2013 lalu. Sepanjang berada di Bali, Yasmin Hani telah sempat berkongsi beberapa gambar menariknya menerusi laman Instagram dan melalui gambar-gambar berkenaan, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan suaminya sedang membuat lukisan tatu.

yasmin hani dan suami bercuti dibali

Ternyata gambar berkenaan telah mendapat reaksi kurang senang dari peminatnya. Yasmin Hani telah mendapat kritikan dek kerana gambar tatu yang dilukis pada lengan suaminya itu. Gambar tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai kritikan serta respon peminat, sehingga ada yang mempertikaikan budaya dan agama suami pelakon itu.

tatu dibadan suami yasmin hani

komen twitter isu tatu suami yasmin hani

Memetik laporan Ohbulan!, bagi menjawab segala kritikan tersebut, dramatis ini telah membalas kata-kata peminat dengan kenyataan berbunyi:

Salam… Tatto di badan dah pun tanggal semuanya.. Mudah sangat ditanggal.. Saya sendiri pun tak berani sgt nak tegur org. Kalau saya nak tegur saya buat cara private. Wasalam.. Oh one more thing, i pun tak berapa faham sebenarnya, kenapa tok kadi tak tegur sesiapa lelaki yg nak kahwin tak boleh pakai inai ataupun masa kursus nikah tiada satu ustaz ataupun ustazah yg melarang si suami memakai inai??? Hmmm hairan juga saya. Kerana kita kurang ilmu, mereka pula memberi.. Tapi tidak diterangkan pula masa kursus mahupun masa akad.

Yasmin Hani telah mendirikan rumahtangga bersama Shaarin Razali pada bulan Oktober 2011.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.