Isu Tidak Berdisiplin Itu Hanya Salah Faham – Zizan Raja Lawak | Ini pula kontroversi berkaitan Zizan Razak atau lebih dikenali dengan Zizan Raja Lawak. Beliau dikatakan tidak berdisiplin dan tidak komited kepada kerja oleh sesetengah pihak. Namun pelakon dan pelawak, Zizan menyangkal dakwaan berkenaan dan menyatakan apa yang berlaku hanya salah faham.

Zizan akui dek kerana terlalu banyak menerima tawaran sebelum ini menyebabkan jadual beliau tergendala. Salah satu akibat yang beliau terpaksa tanggung ialah masalah kesihatan yang melandanya tempohari. Pengajaran itu cukup berguna buat beliau untuk tidak terlalu mengejar tawaran dan kini beliau mengambil pendekatan mahu menumpukan kepada tawaran tertentu sahaja pada satu-satu masa.

Bukan Kerana Sombong

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 28, berkata, dia kini hanya memberi perhatian terhadap satu atau dua tawaran dalam tempoh tertentu sejak tuduhan liar kononnya tidak memberikan komitmen pada promosi filem diperkatakan sebelum ini. Ujar Zizan, dia hanya memberikan tumpuan pada promosi filem Hantu Kapchai yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan persiapan untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bersama Johan.

“Sebelum ini, timbul tuduhan kononnya saya tidak beri kerjasama dan tidak komited pada promosi filem-filem lakonan saya kerana melakukan banyak kerja serentak. Keputusan ini (fokus pada kerja tertentu) tiada kaitan pun dengan situasi di mana saya pernah jatuh sakit sebelum ini akibat kuat bekerja. Saya bukan memilih kerja tetapi mahu lebih fokus pada satu atau dua tawaran sahaja,” katanya dalam portal mStar Online.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.