Teringin nak lihat Aurora depan mata. Iceland merupakan salah satu negara di mana terjadinya cahaya cantik iaitu Aurora. Itinerari menarik dan membantu ini dikongsi oleh Tuan Hafizul Hakim.

Saya ke Amsterdam dan Iceland selama 10 hari dan ini itinerary yang boleh saya kongsikan untuk rujukan semua!

Hari 1 (KL- Amsterdam)

Bertolak dari Kuala Lumpur ke Amsterdam menaiki pesawat KLM selama 14 jam. Transit selama 7 jam di Amsterdam Airpot Schiphol. Rombongan saya mengadakan short trip ke Amsterdam Central menaiki train. Kos train hanya Euro 8.40 dua hala.
Habis jalan-jalan sekejap di Amsterdam Central, kami menaiki pesawat ke Iceland menggunakan flight Icelandic Air selama 3 jam dan tiba di Keflavik Airport, Iceland. Terus ke tempat penginapan di Star Motel.

Lepas settle down di bilik, terus keluar makan Lobster Meat Spaghetti di Malay Thai Restaurant. Habis makan, cuba untuk keluar jalan-jalan cari Aurora, namun gagal. Kami semua keletihan lepas 14 jam dalam flight.

Hari ke 2:

Pengembaraan bermula!
Destinasi pertama adalah Gullfoss. Di Gullfoss kami ke;
– Geysir Hot Spring
– Thingvellir Nation
– Makan ikan COD Fillet di River View Aurora Restaurant
– Al Park dan Silver Lake.

Malam hari kedua kami bermalam di Selfoss, Hotel Hella dan berjaya menjumpai Aurora Borealis.

Children’s Waterfall

Hari ke 3:

Yang ini menarik kerana kami menuju ke Seljalandfoss. Di sini ada;
– Skogafoss
– Blacksand Beach, dekat sinilah ada bangkai kapal terbang yang menjadi tempat rakam music video Gerua Shah Rukh Khan dengan Kajol tu!
– Glacier Walk

Dan malam ketiga, kami sekali lagi bertemu jodoh dengan Aurora Borealis. Cantiknya, subhanallah.

Hari ke 4:

Kami teruskan perjalan ke Glacier Cliff yang ada;
– Jokulsaloon.
– Ice Lagoon, tempat mandi manda!
– Diamond Beach.

Hari ke 5:

Pada hari ini kami ke bahagian barat Iceland. Di sinilah terletakkan Barnafoss atau Children’s Waterfall.

Mengikut perancangan, kami nak ke Ice Cave Monster Truck, namun terpaksa dibatalkan sebab angin terlalu kencang. Mungkin lain kali!

Hari ke 6:

Inilah hari yang ditunggu, kami ke pekan Iceland, bandar Reykjavick. Di bandar Reykjavick ni ada Hard Rock Café, boleh lah shopping t-shirt untuk mencukupkan koleksi. Kemudian, kami ke The Sun Voyager dan Harpa.

Di bandar ini juga kami pertama kalinya dapat makan daging ikan paus! Haha. Satu pengalaman yang best. Nak tahu macam mana rasanya, kena lah pergi Iceland.

Hari ke 7:

Hari ini kami terbang pulang ke Amsterdam. Sesampainya di Amsterdam, kami meneruskan sesi jalan-jalan ke:
– Giethoorn Village
– Zannse Schan
– Shopping di Bandar Amsterdam.

Hari ke 8:

Bangun pagi dan teruskan pusing di Bandar Amsterdam. Sempatlah saya bergambar di signage ‘I Amsterdam’. Hihi. Signage itu pun dah dialihkan beberapa hari lalu, mujur sempat saya bergambar itu hari!

Kemudian kami shopping di City Centre sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada malam harinya menaiki pesawat KLM.

Seljalandfoss

Itu sahaja itinerary yang dapat saya kongsikan. Dan ini ada beberapa nota penting:

1. Jika kalian ingin memburu Aurora Borealis, pergi travel ke Iceland pada waktu awal winter. Bukannya masa salji dah turun, memang tak nampak Aurora nya kalau semasa musim salji menebal!

Untuk ambil gambar Aurora pula, dinasihatkan bawa kamera DSLR. Barulah terang dan nampak jelas kehijauan aurora dalam gambar!

2. Bawa baju sejuk 3, 4 lapis. Iceland ini memang terkenal dengan panggilan negara api dan ais, namun sepanjang saya di sana rasa macam duduk dalam ais sahaja. Siang hari suhunya 0 darjah celcius, malam hari pula boleh cecah sehingga ke -4 darjah celcius.

3. Ini paling penting; bawa sos cili paket dari Malaysia. Haha! Sebab di Iceland, hari-hari makan ikan. Takkan nak makan plain sahaja kan? Sedap kalau ada sos cili.

4. Jika anda bercadang untuk memandu sendiri sepanjang jalan-jalan di Iceland, pastikan anda alert dengan papan tanda dan keadaan cuaca semasa. Banyak kes yang terjadi, kereta sangkut pada salji sebab tak faham maksud papan tanda amaran.

5. Kalau dah di London tu, ajak Abang Hamdi ke Reyjavick. Tiket kapal terbang cuma RM370 je ulang alik.

Thingvellier National Park

*Wah, seronoknya kalau dapat pergi ke Amsterdam dan Iceland kan? Dengan itinerari ini, anda pasti boleh ke tempat-tempat tersebut dengan lebih mudah. Siap-siap rancang segalanya dan bersertakan itinerari di atas, bolehlah travel ke negara Eropah tersebut. Semoga dipermudahkan segalanya!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.