Thailand mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Dari keunikan dan kepelbagaian makanan mereka sehingga ke pasar-pasar yang menjual barang yang kita tak boleh expect. Haha. Bukan itu sahaja, Thailand memang terkenal dengan laut yang cantik. Salah satu tempat yang mempunyai pantai yang cantik serta laut yang kebiruan ialah Koh Lipe.

Koh Lipe jarang disebut oleh orang kita kerana ramai masih tidak tahu tentang keindahan alam di tempat ini. Dengan air yang jernih, tambah-tambah dengan corals di sana yang lain dari yang lain. Memang satu tempat yang sesuai untuk short vacation sebab jaraknya tak terlalu jauh. Tuan Mohd Azizi Suhaimi telah sudi berkongsi itinerari beliau selama 4 hari di sana.

Hari Pertama

1415 – Arau to Wang Kelian
1440 – Custom checked
1500 – Bertolak ke Pak Bara
1615 – Singgah pasar malam di Satun

1730 – Sampai Pak Bara Viewpoint (Singgah bergambar dulu)
1800 – Checked In Best House Resort, Pak Bara
1830 – Rehat/Mandi/Solat
1930 – Pergi ke pasar malam di Pak Bara View Point/Dinner
2200 – Mandi/Solat/Tidur

Hari Kedua

0840 – Checked Out
0930 – Speed Boat Pak Bara to Koh Lipe
1030 – Boat berhenti di Tarutao untuk bergambar. Seriously, memang lawa sangat!
1115 – Sampai Koh Lipe
1130 – Checked In di Leelawadee Lipe Resort at Walking Street/Berehat/Lunch Maggi
1530 – Explore Walking Street/Survey Tiket Snorkeling/Shopping di 7E
1900 – Balik bilik
2000 – Jalan-jalan Walking Street/Dinner
2300 – Balik bilik/Rehat/Tidur

Hari Ketiga

0530 – Subuh
0800 – Breakfast
0900 – 1600 – Snorkeling Trip for 7 Islands
1600 – 2000 – Berehat di bilik/Dinner
2000 – 2200 – Jalan-jalan di Walking Street/ Beli souvenir
2200 – Balik bilik/Packing/Tidur

Hari Keempat

0530 – Subuh
0830 – Breakfast sendiri
1000 – Check Out
1130 – Naik boat ke Pak Bara
1230 – Sampai Pak Bara/ Singgah 7E lagi
1300 – Bertolak balik Kulim
1400 – Border checked Wang Kelian
1700 (waktu Malaysia) – Berhenti solat/Lunch di RnR Gurun
1830 (waktu Malaysia) – Sampai Kulim

Notes:

1. Minyak (Axia) :
Perlis – Pak Bara – Kulim = RM 60

2. Insuran Kereta including Arrival and Departure card – RM24
– Kami beli insurans di Kangar berhadapan Gedung Ten Ten sebab kami dari Arau.

3. Sim Card Dtac = 200B unlimited data – Beli satu sahaja cukup. Yang lain boleh hotspot sebab hotel pun dah ada wifi.

4. Check in Best House Resort, Pak Bara = 800B/night (include breakfast)
– Resort ini 200m sahaja jarak ke Pak Pier (jetty ke Koh Lipe)
– 100m jarak ke 7E
– 2km jarak ke Pak Bara view point

5. Parking Kereta Pak Bara = 100B/day
– Kami parking dekat Best House Resort sahaja tempat kami menginap.

6. Boat Pak Bara – Koh Lipe – Pak Bara = 1000B/pax include Long Tail Boat
– Kami beli dengan owner Best House resort dapat murah sikit
– Masa boat ke Koh Lipe: 9:30am, 11:30 am, 1pm

7. Fee Pak Bara = 20B/pax (wajib beli)

8. Fee National Park = 200B/pax (wajib beli sebab masa snorkeling ada point yang perlu tnjuk tiket ini)

9. Leelawadee Lipe Resort (booking Agoda) = RM149/night

10. Snorkeling Trip for 7 Island (Long-tail Boat Package include lunch and fruit + snorkeling set + life jacket + softcopy gambar time snorkeling ) = 700B/pax

Note tambahan:

– Bajet di atas tidak termasuk duit belanja makan/minum dan souvenir.
– Kami tukar duit RM1000 untuk semua perbelanjaan kami di sana tidak termasuk resort di Koh Lipe (sebab booking dekat Agoda).
– RM1000 + RM352(Resort di KohLipe)= RM1352/2pax for 4d3n
– Disebabkan kami dua kuat makan, so duit banyak habis dekat makanan sahaja. Haha.



Leelawadee



Walking Street


Tarutao


*Dekat je Koh Lipe ni kan? Boleh pergi bila-bila masa sahaja. Biasa orang pergi Krabi atau tempat-tempat lain. Sekarang baru tahu ada tempat nama Koh Lipe dekat Thailand. Anda boleh rujuk itinerari diatas untuk ke Koh Lipe nanti. Enjoy your trip!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.