Pulau Kapas terletak di Marang, Terengganu. Pada orang Terengganu mungkin kebanyakannya sudah jejakkan kaki di pulau cantik ini. Manakala pada orang ramai yang dari luar Terengganu ada yang masih tidak mengetahui tentang kecantikan Pulau Kapas ini. Di sini disertakan itinerari ke Pulau Kapas selama 2 hari 1 malam oleh Puan Sabiha Khalid.


Sebelum pergi memang dah booking dan bayar siap-siap pakej 2 hari 1 malam, RM 170 sekepala, di mana pakej itu termasuk:

1. Tambang bot pergi balik.
2. Hotel (aircond).
3. Makan minum tiga kali sehari (tengahari, malam dan sarapan esok pagi. Better ambil pakej makanan sebabnya nasi lemak ikan bilis dia harga RM 12. Haha.)

Kami stay di resort Ombak Kapas, makanan sini alhamdulillah sedap dan hotel pun okay, cukup selesa, tapi dinasihatkan bawa hanger lebih untuk sidai baju basah.
Tak bawa hanger pun tak mengapa sebab luar hotel dah ada ampaian.

Okay, untuk tentatif program yang kami buat;

Day 1

9.00 pagi – Kumpul dekat jeti Marang.
9.30 pagi – Naik bot. (Tolong jangan lewat sebab bot memang takkan tunggu. Kalau terlepas 9.30 pagi, next bot ialah pukul 11.30 tengahari.)
9.45 pagi – Sampai di Pulau Kapas. (Sekejap sahaja naik bot)

Disebabkan masa untuk check in pukul 2 petang, (boleh check in awal kalau ada bilik kosong), kami rancang nak tinggalkan beg dekat receptionist dan berkayak.
Nasib kami baik sebab ada bilik kosong pukul 11.30 pagi (berehat sambil-sambil fikir nak buat apa sampai pukul 11.30 pagi).

11.30 pagi – Check in hotel dan tukar baju.
12.00 tengahari – Berkayak (kena bayar rm20 untuk 2 orang, kayak selama sejam, bebas nak pergi sampai mana).

Semasa berkayak tu, kami parking kayak dekat taman laut dan mandi, sempat juga snorkelling sekejap.

1.30 tengahari – Pulangkan kayak.
2.00 petang – Makan tengahari.
2.00-5.00 petang – Mandi, solat dan rehatkan badan.
5.30 petang – Jalan-jalan ambil angin sekitar pulau dan main volleyball.

Depends kepada anda untuk aktiviti petang tu, kalau nak snorkeling depan resort pun boleh, sewa set snorkelling rm5 dan tiada had masa. Nak mandi berenang pun boleh.

7.30 petang – Balik hotel, mandi, solat dan rehatkan badan sekejap.
9.00 malam- Dinner.
10.00 malam – Lepak berhampiran resort dengar orang jamming sambil makan-makan.
12.00 tengah malam – Balik bilik untuk rehat, simpan tenaga untuk esoknya pula.

So overall, hari pertama kami banyak leisure acitivity.

Day 2

8.00 pagi – Sarapan dan check out (Letak beg dekat receptionist).
9.30 pagi – Naik bot ke Bukit Singa (RM 30 termasuk snorkeling selama 2 jam, lokasi dekat-dekat sahaja dan semasa hiking, pemandu bot akan tunggu sekejap).

Hiking Bukit Singa ni sekejap sahaja, dalam 5 minit dah sampai puncak. Pemandangannya, mashaaAllah, serius lawa!
Selesai sesi bergambar, kami menuju ke taman laut untuk snorkeling.

10.30 pagi – Snorkeling sepuas hati. Haha!
12.30 tengahari – Balik ke resort dan pulang ke realiti iaitu Ke rumah masing-masing. Haha.

Sekian itinerary daripada saya. Alhamdulillah, saya sangat-sangat berpuas hati dengan trip ini. InshaaAllah, lain kali pergi trip lain pula. So guys, apa lagi? Jom lah ke Pulau Kapas!
Kesemua bajet duit yang habis hanyalah RM 220 seorang.






Cantiknya sunset di sini…


*Anda boleh merujuk pada itinerari di atas untuk tunjuk arah bila sampai di sana nanti. Pulau sememangnya salah satu tempat yang kita boleh pergi untuk hilangkan stress atau sekadar mencuci mata. Melihat laut sahaja cukup menenangkan, apatah lagi ianya berserta pantai yang indah? Mesti anda teringin ke Pulau Kapas setelah melihat gambar-gambar di atas kan? Selamat menjelajah!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.