Turki merupakan antara negara islam yang besar di dunia. Memang keunikan, seni serta kebanyakannya tarikan pelancong di negara ini mempunyai unsur-unsur islamik. Puan Maizatul Edora ada berkongsi itinerari beliau ketika travel ke Turki untuk anda yang ingin travel ke Turki di masa terdekat.

Backpakers atau Group trip?

-Mula mula ingat nak pergi secara backpackers. Nak dijadikan cerita bagaimana saya decide untuk trip pakej, masa tengah scroll facebook, saya terbaca ada orang share pakej percutian ke Turkey dan harganya agak berpatutan seterusnya saya boleh explore separuh negara Turkey. So saya bandingkan dengan total kos bagi backpackers and ikut pakej, maka saya membuat keputusan untuk ikut pakej. Pilihan di tangan masing-masing.

-Terima kasih Bestnya Travel and Cik Mozie E Zie for the great price. Oh ya, sepanjang percutian tersebut kita diketuai oleh Mr Ozgur Akgul dan Cik Mozie.

-Harga pakej adalah termasuk flight, penginapan dan makan. Hanya bawa duit poket sahaja untuk belanja.

Sebab ingin ke Turki

-My original plan, nak pergi Istanbul sahaja. Tak terfikir pun nak pergi ke negeri/daerah lain di negara Turkey. Orang terdekat sahaja tahu bagaimana ‘obses’nya saya dengan Istanbul sebab suasananya Subhanallah, sangat indah dan buat saya jatuh cinta. Kawasan persekitaran dipenuhi dengan historical building dan ada keunikannya yang tersendiri.

-Bila berpeluang dapat pergi ikut trip pakej, saya boleh explore separuh daripada negara Turkey. Alhamdulillah, semoga dapat pahala kita bermusafir di bumi Allah swt. Tak rugi pun. Yang penting kita enjoy!

Salt Lake


Underground City

Senarai hitam PTPTN

-Hutang WAJIB dibayar, tak kira hutang PTPTN atau sesama manusia yang lain. Haha. Jika anda ada buat pinjaman PTPTN dan anda disiplin bayar pinjaman tersebut setiap bulan tanpa gagal, memang tiada masalah kalau nak pergi luar negara. Tapi make sure double check juga dekat SEMAKAN STATUS PERJALANAN IMIGRESEN sama ada nama disenarai hitam atau tak, takut nama tak ‘clear’.

Travel insurance

– Travel insurance memang WAJIB dibeli kalau nak pergi travel. Kita tak tahu anything will be happen dekat tempat orang. Mana nak cari duit yang banyak jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. Menangis tak berlagu nanti. Hari itu saya beli travel insuran ETIQA TAKAFUL with Faizal Bin Fauzi. Kawan lama saya juga. Hehe. Senang berurusan dengan dia. Pantas dan cekap.

– Conclusionnya jangan kedekut nak keluarkan duit untuk beli travel insurance. Malang tidak berbau tau!

Cappadocia

Money exchange

– Turkish Lira : Perlu diingatkan tak semua money changer boleh tukar Turkish Lira ya. Hari itu saya tukar di Mid Valley. Pergi mana-mana negara pun saya akan tukar di Mid Valley. For your information, duit Turkish Lira lebih kurang duit kita sahaja. RM 1 bersamaan 1.35 Turkish Lira, tapi anda kena check selalu ya before tukar. Hari-hari currency dia akan tukar.

– US Dollar : Kalau anda ada transit dekat mana-mana airport, better tukar USD, sebab USD acceptable di mana-mana airport/tempat. Hari itu saya tukar duit USD juga untuk minum di airport Iran.

Note : Duit keci perlu prepare juga ya. Sebab nak masuk toilet dekat sana bayarannya 1 lira – 2 lira.

Kapal terbang

– Pihak syarikat memilih MAHAN AIR sebagai penerbangan utama bagi percutian ini.

– Makanan : Boleh gemuk duduk lama-lama dalam flight. Haha. Banyak sangat makanannya. Sedap-sedap pula itu.

– From KLIA to Tehran Imam Khomeini International Airport (8 jam) : Dua kali makan.

– From Tehran Imam Khomeini International Airport to Istanbul Ataturk Airport (3 jam) : 1 kali makan.

Bezirhane Ceramic

Masa dan suhu

– Masa : Lewat 5 jam daripada Malaysia. Contohnya, dekat Turkey jam 12 tengah malam, dekat Malaysia dah pukul 5 pagi. Those yang nak pergi, diingatkan supaya check suhu ya. Biasanya hujung tahun musim sejuk.

– Suhu : Paling panas 14 degree, paling sejuk -2 degree.

Pakaian

– Jaket tebal : Kena bawa jacket tebal supaya tak sejuk sangat. Kalau nak lagi rare, pakai bulu bulu sekali. Haha. Make sure bawa jaket dan baju yang sesuai, maklumlah kulit kita tak biasa dengan musim sejuk. Cukup bawa 2 jacket pun dah okay sebenarnya unless kalau yang nak cantik-cantik. Kalau tak tahan sejuk, sila beli Long John/Baju Thermal.

– Kasut : Kasut pula kena kasut yang sesuai sebab sepanjang trip banyak berjalan kaki. Hehe. Elakkan pakai heels.

P/s : Tak perlu bawa pakaian yang perlu iron. Membazir masa dan kebanyakan hotel tak sediakan iron. I’m not sure kalau dekat hotel-hotel yang lain. Ada yang ada, ada yang tiada. Macam saya hari itu terpaksa pakai tudung kedut. Haha.

Fairy Chimneys Valley


Goreme Panorama

Ubat-ubatan

– WAJIB bawa. Ubat memang wajib bawa incase kalau tiba-tiba kita tak sihat. Segala Panadol, minyak angin, pil sakit perut, koyok semua itu wajib bawa. Ada sesetengan orang tak biasa dengan suhu yang sangat sejuk.

Makanan

– Wajib bawa sos cili dan sambal. Sebab di sana mereka tak serve makanan pedas. Hari-hari makan makanan yang berkhasiat dekat sana dan mostly berasaskan tomato. Haha. Hari itu saya order sambal jawa daripada Miz Coklet Khairul . Saya beli 4 botol and memang habis pun sambal itu. Murah sahaja harga sambal jawa tu sampai saya tanya dia, “Kenapa jual murah sangat?”. Haha. Boleh juga order sambal hitam daripada Mis Hani Sanip yang join Turkey Trip juga hari itu dan sambal hitam itu sesuai sangat untuk travel sebab tahan lama.

Internet

– Sepanjang percutian, saya tak beli simkad. Hanya bergantung harap dengan wifi Hotel dan bas. Haha. Ada masa tertentu sahaja saya online. Those yang nak beli simkad, boleh beli di Istanbul airport. Dekat situ pelbagai jenis simkad yang anda dapat pilih. Kawan saya recommend simkad jenama Turkcell 6GB berharga 170 Turkish Lira (RM150 lebih kurang).

Cotton Castle


Hiera Polis


Mevlana Museums


Sultanahmet Mosque


Topkapi Palace


*Seronoknya travel ke Turki! Kalau dapat travel dengan orang tersayang lagi bertambah seronok. Boleh share artikel ini dengan kesayangan anda dan plan for the next travel trip ke Turkey okey? Have a safe trip!


Penulis: Siti Khadijah

Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.