Dalam banyak-banyak pulau dekat Semenanjung, Pulau Tioman merupakan salah satu pulau yang tercantik di Semenanjung.Pasir yang putih dengan laut biru sememangnya menjadi tarikan pelancong dari luar dan dalam negara sendiri. Walau bagaimanapun, ttravel ke pulau-pulau memang memerlukan sedikit pengetahuan atau tips daripada orang yang sudah berpengalaman. Oleh itu, di sini disertakan tips travel ke Pulau Tioman oleh Puan Noor Farah Jehan Jaafar.



Price dibawah tidak termasuk scuba diving.

Saya masuk dari tol Bandar Saujana Putra & keluar di tol Senawang.

Perjalanan dalam 4jam 30minit (lalu Serting).

Harga dibawah ada yang kongsi 3 orang & ada yang personal.

Kongsi 3 orang:

– Minyak RM80 (pergi & balik, kereta myvi 1.3)
– Tol RM17.40 (pergi & balik)
– Bilik 5 Hari 4 Malam RM720 ( 1 malam RM180 )
– Parking kereta untuk 5 hari RM60 (sehari RM12)
– Boat Taxi ke Private Beach (Segipong Beach) RM120 (2 kali pergi) (seorang RM20 sekali pergi)
– Banana Boat RM90 (seorang RM30)

RM1087.40/3 orang= RM362.50

-Kalau pergi berempat atau berlima boleh jimat lagi di cost bilik, parking kereta, minyak & tol. Tapi muat tak kereta tu lepas load beg bagai? Sendiri agak-agak lah ya. Then lagi pendek hari vacation, lagi berkurang cost anda. Cumanya puas or tak sahaja nanti kan? Ok sahaja if nak pergi 3 hari 2 malam.

Seorang:

– Tiket Cataferry RM115 (pergi & balik). Nak masuk Ferry pastikan tiket yang dibeli online booking itu dah di print sesiap dan kena tunjuk IC sekali ya.

– Snorkeling equipment rental RM15/set seorang (life jacket, kaki itik, mask & snokel) sehari. Kami ambil untuk 2 hari jadinya RM30 sorang.

RM145

Total for now RM362.50+RM145 = RM507.50.

Part penting di pulau ialah makan.

Estimated makan per meal per person seperti dibawah:

– Breakfast nasi lemak ayam + air (teh tarik,teh o or milo ) = RM9
– Lunch goreng-goreng + air jus = RM18
– Dinner RM20 – RM35 seorang. Saya kira-kira maxiumum RM35 seorang ya dalam itinerary ini.
Kudap-kudap : Kuaci, ice cream, burger, air tin: RM15 sehari.

Makan lengkap sehari : RM77
Kalau 5 hari RM385.

Tips dinner: Nak jimat order ais kosong sejug sudah, sebab air-air lain price RM9 secawan. Ikan siakap sekor RM50 (bergantung pada size), ambil sotong memang mahal sikit lah.

So total cost di sini RM892.50.

Tips lain:-

– Booking dalam 3-4 bulan awal, firstly kena pastikan tarikh then cari tiket ferry serta bilik.
– Bawa air mineral sekotak dari darat.
– Timing Tioman boleh masuk ialah hujung bulan 3 hingga October. Tioman ada musim monsun juga. Jadi kena rajin check cuaca semasa.
– Bilik saya duduk boleh muat 5 ke 6 orang, sebab 1 katil Queen & 1 katil King.( bergantung pada size badan anda )
-Kalau pergi dengan kawan-kawan, pastikan kawan-kawan anda bukan kaki membuta di saat anda sedang drive. Jenis tak berkira tenaga untuk drive & cost nak service kereta bagai.
– Pastikan bawa IC & withdraw duit lebih sedikit tau.(Tak ada ATM mesin dekat Salang & jangan isytihar diri pendatang di negara sendiri bila tak bawa IC ya).
– Bilik tak payah nak mahal-mahal sangat, ada aircond, dekat dengan jetty, tempat makan & pantai dah cukup. Pergi pulau nak perap dalam bilik itu dipanggil honeymoon, bukan trip kawan-kawan.

– Nak beli tiket ferry boleh check dekat link ini, booking on line sahaja, http://www.cataferry.com/usr/mobile/ticketmb.aspx…

– Nak tahu cost tol check di sini, https://plustrafik.plus.com.my/index.php/main_plus/journey.

– Nak deal ke private beach Segipong & Banana boat, camping dekat situ or nak kayak dekat situ contact Wan Salang Tioman.

– Nak tahu harga bilik & date bilik kosong contact Kak Ina (owner) Pondok Sri Salang Tioman.

– Nak tahu routes perjalanan pergi dekat google Maps link, https://www.google.com/maps/@

– Apa nak bawa masa ke pulau ? Check sini ya. Berrmanfaat sangat, http://dyoneservices.blogspot.my/…/barang-yang-perlu-dibawa…

– Breakfast di kedai Mak Nora/Kak nora @ kompleks Salang.

– Lunch dekat Salang Sayang Restaurant.

– Dinner dekat Salang Pusaka Restaurant.

Nota penting

Line telephone paling laju internet ialah Maxis then Celcom ya.




*Seperti ada disebut oleh penulis, jika trip tersebut merupakan trip bersama rakan-rakan, elakkan spend time di dalam bilik untuk relax sahaja. Hargai trip bersama rakan-rakan tersebut dengan pergi ke tempat-tempat yang wajib pergi dan cipta lebih banyak kenangan bersama mereka. Hal ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama kalian. Selamat menjelajah ya!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.