Indonesia mempunyai pelbagai tarikan dan banyak tempat atau negeri yang menjadi tumpuan para pelancong. Antara negeri tersebut ialah Batam. Batam merupakan bandar terbesar di Kepulauan Riau. Ia merupakan bandar utama dan memainkan peranan dalam bidang industri. Walaupun begitu, Batam mempunyai tempat-tempat menarik tersendiri yang anda boleh tambah dalam ‘bucket list’ anda dan melawatinya di masa akan datang. Perkongsian bermanfaat ini dikongsi oleh Puan Siti Aminah.

Tebing Langit

Tempat Menarik Di Batam:

– Welcome To Batam
– Pasar Jodoh
– Pulau Bintan
– Madu Tiga Resort
– Treasure Bay Bintan Waterpark
– Muzium Imaji Lagoi Bay
– Nagoya Hill Mall
– Laksamana Cheng Ho
– Masjid Muhammad Cheng Ho
– Pasific Palace Hotel
– Kampung Vietnam Batam
– Jambatan Barelang
– Pulau Galang
– Navasa Bay
– Kebun Raya Batam
– Kampung Terih
– Kampung Tua Nongsa Pantai
– Kedai Tok Ngah ( Ole-ole )
– Masjid Agung Batam
– Dataran Engku Puteri
– Pulau Ranoh
– Tebing Langit

Pantai Terih

Day 1 :

11.30 Pm : Dari KL naik bas ke stesen bas Larkin (Larkin Central) – RM34.10.
4.30 am : Sampai Larkin Central. Mandi di surau. Solat subuh & breakfast.
7.30 am : Ambil grab dari Larkin Central ke Jeti Puteri Harbour RM29.
8.30 am : Bayar tiket yang dah book ( Puteri harbour to Batam hanya boleh dibook oleh agent travel Batam. Tak boleh walk in tiket).
-RM69 Sehala , RM114 Dua Hala. Perjalanan 1 jam 50 minit.
9.30 am : (Waktu Batam) : Sampai di jeti feri Batam. Di jemput oleh driver.
10.00 am : Lawat Welcome To Batam signature.
12.00 pm : Tebing Langit.
12.30 pm : Lunch.
2 pm : Check in hotel ( ada beberapa pilihan hotel).
3 pm : Rehat solat Mandi.
7 pm : Pasar Jodoh.
8 pm : Makan malam.
10 pm : Balik hotel.

Masjid Agung Batam

Day 2

7 am : Breakfast di hotel.
8. Am : Day trip Pulau Ranoh ( ikut bajet nak pergi ke tak sebab pulau mahal).
10 am : Sampai ke Pulau Ranoh.
12 pm : Lunch.
2 pm : Check out hotel and transfer ke Pulau Bintan.
3 pm : Singgah beli ole-ole . Ringgit Malaysia di terima.
5 pm : Sampai jeti untuk ke Pulau Bintan.
6 pm : Gerak dari Jeti Batam naik feri express RM10 (15 min ) dan feri biasa RM7 ( Sejam ).
6.15 pm : Sampai Jeti Pulau Bintan.
6.30 pm : Gerak ke Madu Tiga Beach Resort.
8.30 pm : Dinner.
10 pm : Sleep and rest.

Muzium Kampung Vietnam

Day 3

8.00 am : Breakfast.
8.30 am : Resort tour .
9.00 am : Pulau Bintan Tour.
– Lunch.
– Treasure Bay Bintan Waterpark.
– Muzium Imaji Lagoi Bay.
5.00 pm : Naik feri Pulau Bintan ke Pulau Batam semula.
5.30 pm : Gerak balik Batam.
7.00 pm : Dinner.
8.00 pm : Shopping di Nagoya Hill.
10.00 pm : Balik hotel dan rest.

Madu Tiga Resort

Day 4

8.00 am : Breakfast di hotel.
10.00 am : Laksamana Cheng Ho.
10.30 am : Masjid Muhammad Cheng Ho.
11.00 am : Pasific Palace Hotel ( Hotel bentuk cruise ).
12.00 pm : Lunch.
2.00 pm : Gerak ke Kampung Vietnam Batam.
4.00 pm : Kampung Vietnam.
5.30 pm : Jambatan Barelang.
6.00 pm : Sightseeing / sunset menuju ke Pulau Galang.
8.00 pm : Dinner.
9.00 pm : Rest and sleep.

Day 5

9.00 am : Breakfast.
10.30 am : Navasa Bay.
11.30 am : Kebun Raya Batam ( Batam Botanical Garden ).
12.00 pm : Kampung Terih.
1.00 pm : Kampung Tua Nongsa Pantai ( boleh tengok Singapore dan Malaysia ).
2.00 pm : Lunch .
3.00 pm : Masjid Agung Batam.
3.30 pm : Dataran Engku Putri.
4.00 pm : Gerak balik dari Batam Centre untuk ke JB.

Dataran Engku Puteri


Masjid Muhammad Cheng Ho

Cara-Cara Ke Batam Dari KL – JB – Batam Naik Feri :

-Tiket bas dari TBS (KL) ke Stesen Bas Larkin RM35 ( 4-5 jam perjalanan ).
-Dari stesen bas Larkin ( Larkin Central ) naik grab ke Jetty Puteri Haboour (RM30) atau paling dekat boleh naik di Jeti Stulang Laut (RM11) naik grab.
-Tiket feri dari Jeti Puteri Harbour RM114 dua hala.
-Tiket Feri dari Jeti Stulang Laut RM150 return.

Kebun Raya Batam


Nuvasa Bay

*Itinerary yang ringkas bukan? Travel naik feri pula kali ini. Anda boleh tambah pengalaman dengan lebih lagi. Boleh dah plan apa-apa yang patut dan persediaan untuk ke Batam. Hehe. Semoga itinerari ini membantu dan selamat menjelajah!


Penulis: Siti Khadijah

Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis seprauh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.