Plan nak ke Hat yai? Tengok sis kita ni share kan itinerary dan details trip dia ke Hat Yai & Songkhla selama 3H 2M. Artikel menarik ini dikongsi oleh Puan Lieyana Halim.

Short Vacay ke Hatyai (3D2N)
4 orang

Transport di Malaysia :
Pergi ke Kangar
-Tiket bas Intercity ke Kangar RM55
-Tiket grab Kangar ke Arau RM15/4 : RM3.75
-Tiket tren Arau ke Padang Besar RM3.20
-Total RM61.95

Balik ke KL
-Tiket tren Padang Besar ke Arau RM3.20
-Tiket grab Arau ke Kangar RM15/4 : RM3.75
-Tiket bas Intercity ke KL RM55
-Total : RM61.95

Transport di Thailand :
Ke Hatyai menaiki train Thai
-Train Thai = 70 baht / RM10 (pergi)
-Train Thai = 70 baht / RM10 (balik)
-Tuktuk 3 hari = 3000 baht/4 : 750 baht
-Total : 890 baht / RM111.00

Hotel PS Extra (3D2N)
-Total hotel RM311.80/4 : RM77.95

Total keseluruhan Pengangkutan dan Hotel 3D2N :
-Transport Malaysia : RM123.90
-Transport Thailand : RM111.00
-Hotel : RM77.95
-Total keseluruhan : RM312.85

-Total makan & shopping = 2400 baht (RM300)

15/2/18

-Bertolak dari TBS ke Kangar pukul 11.00 malam.
-Pengalaman pertama aku naik bas. Tak pernah naik bas pergi jauh. Memang mencabar.

16/2/18 (1st day)

-Sampai di Stesen bas kangar pukul 7.00 am
-Ambik grab ke Stesen KTM Arau (15 minit)
-Dari KTM Arau ambik tren ke Padang Besar (15 minit)

Di Padang Besar
-Turun KTM terus jalan ke kaunter tiket train Thai (kaunter buka pukul 9.00 Malaysia)
-Beratur beli tiket train Thai (1 jam lebih)
-Tulis Arrival Card Thai (tulis sendiri)
-Beratur cop pasport Malaysia
-Beratur cop pasport Thailand
-Naik tren Thai ke Hatyai

Tiba di Stesen Train Hatyai
-Tengah pusing-pusing cari tuktuk. Jumpa wirat dia offer kami 3000 baht untuk 3 hari. So kami deal sbb die akan cover banyak tempat. Dia akan jemput dan hantar ke hotel setiap hari.

Tiba di Hotel PS Extra Hotel Hatyai
-Check in hotel (Booking guna traveloka)
-Hotel belakang Big C (Mall di Hatyai)
-Jauh sikit dari pusat bandar Hatyai. Hotel cantik, besar dan selesa. Cuma tak disediakan iron. Kena bawa iron sendiri. Kami kena hantar baju untuk iron dan dikenakan caj 10 baht utk 1 baju. Agak rugi !

Aktiviti Hari Pertama :

-Floating Market (Makan dan shopping) Barang agak murah
-Central Festival (Round mall dan shopping)
-Asian Night Market (Dinner dan shopping) Sesetengah barang mahal dan ada juga yang murah mcm dekat uptown




17/2/18 (2nd day)

Aktiviti hari kedua:

-Breakfast Dimsum Chabura (450 baht /4)
-Songkla Central Mosque (melawat masjid)
-Lam Por Temple (ada tokong tidur dan ada ikan besar) Kami elakkan untuk melawat tokong. Hanya 1 ni je kami pergi sebab nk tengok nelayan dan ikan besar
-Samila Beach (Mermaid Statue) Pantai yang cantik dan ada patung duyung dan kucing
-The Great Serpent “Nag” (sejenis patung juga macam naga)
-Songkla Aquarium (melihat pelbagai jenis ikan) kami tak masuk hanya bergambar je sbb kena bayar nk tengok ikan. KL pn ada !
-Chalatat Beach (dari Samila beach terus ke depan jumpa pantai ni. Cantik juga tapi kami tak berhenti pun.
-Chang Puak Camp Hatyai (melawat gajah, ada show gajah, naik gajah. Kami tak naik pun sebab ramai dan tak nak mmbazir. Ambil gambar sudah !
-Stainless Steel Pagoda (ini sebenarnya tokong jugak) Terletak atas bukit tinggi gila nak naik tapi naik guna tuktuk. Kami bergambar sekejap je sebab tempat ibadah mereka kan buat apa nak lama-lama.
-Lee Garden Hatyai Walking Street (pergi makan dan shopping)
-Greenway Night Market (tempat shopping dan makan) Sini best sebab ada jual barang-barang rare haha. Sini ada jual pakaian bundle dan harga agak murah !






18/2/18 (3rd day)

Check out hotel pukul 6 pagi sebab nak kejar train Thai. Kalau terlepas pukul 1 pula baru ada.
-Tuktuk hantar ke Stesen Train Thai
-Naik train Hatyai ke Padang Besar
-Naik KTM dari Padang Besar ke Arau
-Dari Arau naik grab ke Stesen bas Kangar
-Ambil bas Intercity balik ke KL

Kami rugi untuk hari ketiga sebab terpaksa balik awal ke KL. Bas kami pukul 12.30 balik ke KL sebab Isnin dah start kerja. Tak nak sampai KL pukul 2@3 pagi. Tapi kerana jem kami sampi pukul 4 pagi !

Kami bayar 3000 baht untuk 3 hari dan kami dapat cover semua tempat yang kami ingin pergi !

Mungkin perjalanan kami agak mencabar sebab banyak transit. Kalau nak lagi cepat naik ETS ke Padang Besar terus. Masa kami nk beli tiket banyak sold out so takde rezeki. So kami terpaksa redah naik bas.

Percutian kami TAMAT !

Rujukan:

Facebook page : Kaki Travel

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.