Ramai selebriti menamatkan zaman bujang mereka bulan ini. Antaranya Rozita Che Wan, Linda Onn dan beberapa nama lain lagi. Bagi Izara Aishah, walaupun percintaannya dengan seorang jejaka sudah menjangkau 7 tahun, namun dia masih belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan. Katanya, dia ada sebab untuk tangguhkan hari bahagianya itu.

Memetik laporan sebuah portal berita, Izara Aishah mendedahkan dia belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya disebabkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya jika mereka mendirikan rumah tangga. Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berkata, mereka masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

izara aishah

“Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti. Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja,” ujarnya.

Kata Izara, disebabkan syarat-syarat itu, dia meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga. Izara turut tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan selepas berkahwin kelak.

“Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini. Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja,” katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut selain bersyukur lelaki yang dikenali sejak tujuh tahun itu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.