Izara Aishah Mengaku Sudah Ada Teman Lelaki | Sebelum ini ramai yang berteka-teki mengenai status pelakon baru yang sedang meningkat naik, Izara Aishah. Bagi mengelakkan sebarang spekulasi liar, Izara secara eksklusif memberitahu bahawa dirinya kini sudahpun berpunya.

“Izara mengaku yang sebenarnya Izara sudah lama mempunyai teman lelaki. Usia kami hampir sebaya dan dia merupakan seorang ahli perniagaan, bukannya kerabat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Izara sebenarnya takut kalau peminat sendiri yang terserempak dengan Izara bersama teman lelaki.

“Jadi adalah lebih baik jika Izara mengaku terlebih dahulu sebelum orang membuat pelbagai spekulasi. Lebih baik rasanya cakap benda betul kerana Izara tidak mahu susah di kemudian hari. Nanti nama Izara juga yang tercemar kerana dikatakan menipu peminat,” jelas Izara Aishah yang dipetik dari laman MH Online.

Dalam pada itu, Izara Aishah turut memberitahu dia dan kekasihnya itu sudahpun berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Cuma hubungan menjadi semakin rapat selepas aktres itu tamat tingkatan lima.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.