Izara Aishah Pernah Belajar Muay Thai (Tomoi) dan Kini Sedang Berlatih Silat! | Siapa berani kacau Izara Aishah? Orangnya nampak kecik, tapi bukan calang-calang tau! Izara akui dia pernah belajar muay thai (tomoi) ketika zaman sekolah dulu.

“Saya memang minat seni mempertahankan diri sejak di bangku sekolah lagi. Masa saya berumur 16 tahun, saya menyertai kelab muay thai kerana saya terlalu berminat dan saya ingin tahu macam mana nak ‘fight’. Sekarang saya disuruh bersilat pula,” ujar Izara Aishah yang ketika sedang menjalani penggambaran filem ‘Balun‘ di Taiping, Perak baru-baru ini.

Di dalam filem tersebut, Izara membawa watak sebagai Nur Ain. Jelasnya, ini filem pertamanya di mana dia tampil sebagai watak utama. Katanya, Nur Ain seorang gadis yang pandai bersilat, perwatakannya tegas dan ber-ego tinggi. Berbeza daripada lakonan sebelum ini, dia terpaksa belajar bersilat walaupun mempunyai asas dalam tomoi.

p/s : keras lutut dengan ‘keting’ Izara ni kalau pernah sepak batang nibong nih…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.