Jika didengar dari sebelah pihak, memang nasib wanita ini agak malang dan wajar dikasihankan. Berkenaan si lelaki pula sudah tentu ramai yang akan menghentam dan mengutuknya dengan pelbagai kata cacian. Namun mungkin ada ‘sesuatu’ cerita yang kita tidak tahu dan mungkin telah dipendamkan.

Ini berkaitan dengan laporan seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya selepas hanya kira-kira tiga jam bernikah. Memetik laporan Kosmo!, wanita berkenaan tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar pada Ahad lalu.

Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.

sasha jadi janda selepas nikah tiga jam

“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu. Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.

p/s: Cerai tanpa sebab kukuh, harap suaminya pula tampil berikan penjelasan. Namun mungkin ada sesuatu yang kurang senang untuk beliau ceritakan. Sebelah wanita pula harap tabah menerima dugaan. Harap perkara ini diselesaikan sebaiknya oleh keluarga kedua-dua belah pihak…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.