‘Jadilah Lelaki Sejati’ – Pesanan Sharnaaz Ahmad Untuk ND Lala? | Nampaknya ‘perang’ antara bakal menantu dan bapa mertua ini terus berlarutan. Semalam, ND Lala menegur Sharnaaz Ahmad agar jangan biadab. Hari ini pula, Sharnaaz Ahmad membalas balik kenyataan ND Lala dan menyifatkan bakal bapa mertuanya itu sengaja memusing cerita.

ND Lala ‘bengang’ apabila Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan yang agak terlalu terbuka mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah. Selain itu, Sharnaaz juga lantang mengatakan dia mahu merisik Shila pada Mac ini. Sedangkan ND Lala mahu Shila Amzah diberi masa dan peluang untuk mengembangkan kerjayanya yang sedang meningkat naik sejak memenangi Asian Wave 2012 baru-baru ini.

ND Lala hentam Sharnaaz Ahmad

Biarpun mendapat halangan dari keluarga Shila, Sharnaaz menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan ibu bapa kekasihnya itu, namun dia menjelaskan bahawa ND Lala pula tidak mahu bersemuka dengannya.

“Jadilah seperti seorang lelaki. Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya. Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita”, kata Sharnaaz seperti yang dilaporkan dalam portal murai.com

Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.

nd lala - sharnaaz ahmad

“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah. Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak. Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”

Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.

“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?”, katanya lagi kepada portal berkenaan.

p/s: rasanya Sharnaaz yang tak faham bahasa melayu kot, ND Lala bukannya tidak sukakannya, cuma belum sampai masa jer lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.