Jadual Dan Borang Ujibakat Akademi Fantasia 2013 (AF2013/AF10) | Ingin menjadi bintang hiburan? Jika ada mempunyai kelayakan sebagaimana yang ditetapkan silakanlah datang beramai-ramai ke ujibakat Akademi Fantasia 2013 yang diadakan sejak awal Jun 2013 lagi. Salah satu syarat tetap adalah anda mesti berumur 18-35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan.

Berikut adalah tips-tips berguna untuk anda sekiranya anda berminat untuk menghadiri ujibakat AF 2013:

akademi fantasia 2013

  1. Sila pilih lagu yang bersesuaian dengan vokal anda.
  2. Sediakan sekurang-kurangnya tiga buah lagu atau lebih dengan genre muzik yang berlainan.
  3. Anda tidak digalakkan untuk memilih atau menukar lagu selepas mendaftarkan diri di AF 2013 untuk mengelakkan dari masalah lupa lirik.
  4. Peralatan muzik seperti gitar dan alatan muzik yang lain tidak menjadi masalah jika ingin digunakan tetapi ini adalah sesi ujibakat nyanyian, sila fokus dengan vokal anda. Jika ada mempunyai masalah untuk fokus dengan nyanyian sambil bermain alatan muzik, lebih afdal jika anda fokus dengan nyanyian.
  5. Kod pemakaian harus bersesuaian ketika menghadiri sesi ujibakat. Anggap seperti anda ingin menjalani sesi temuduga mencari kerja.
  6. Dilarang sama sekali memakai selipar.

Syarat-Syarat Ujibakat:

  1. Penyertaan terbuka kepada peserta Solo dan Duo
  2. Penyertaan 18 – 35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
  3. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura
  4. 1 Salinan kad pengenalan untuk warganegara Malaysia dan untuk warganegara Singapura mereka dikehendaki membawa salinan kad pengenalan Singapura dan Salinan Pasport Singapura
  5. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari aras pinggang)
  6. Bebas menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella.
  7. Borang penyertaan boleh di muat turun di bawah.

lokasi ujibakat af 2013

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

BORANG UJIBAKAT AF2013 | PDF | DOC

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Kaunter pendaftaran akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan. Layari www.akademifantasia.com.my untuk sebarang maklumat lanjut tentang ujibakat AF 2013.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.