JADUAL DAN KEDUDUKAN KUMPULAN BOLA SEPAK SUKAN SEA INDONESIA 2011 | MALAYSIA DALAM KUMPULAN MAUT | Malaysia bakal berhadapan misi getir bagi mempertahankan pingat emas bola sepak temasya Sukan SEA apabila diundi bersama tuan rumah, Indonesia dan Thailand, dalam Kumpulan A. Selain itu, kumpulan itu turut disertai oleh Singapura dan Kemboja.

Undian acara bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011 berlangsung di Stesen Televisyen Indonesia Studio 4 RCTI (Rajawali Citra Televisi Indonesia) di Jakarta Barat, Indonesia, Rabu. Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos, Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina. Proses undian itu turut disiarkan menerusi talian internet.

Berikut merupakan Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea Indonesia untuk Malaysia nanti :

Malaysia vs Singapura pada 7 November 2011 (17:00)

Malaysia vs Thailand 9 November 2011 (17:00)

Malaysia vs Kemboja pada 13 Novovember 2011 (17:00)

Malaysia vs Indonesia pada 17 November 2011 (20:00)

Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 7 hingga 21 Nov di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.