Kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014 kini sampai ke kemuncaknya. Jerman dan Argentina sah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2014 setelah menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Jerman mencatatkan kemenangan besar 7-1 mengatasi pasukan tuan rumah Brazil. Ia merupakan satu jumlah jaringan yang banyak dan memalukan skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari itu.

Manakala Argentina pula mara ke final Piala Dunia 2014 setelah menewaskan Belanda 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. Penjaga gol Argentina, Sergio Romero muncul wira pasukan apabila gah menyelamatkan penalti daripada Wesley Sneijder dan Ron Vlaar untuk membantu pasukan Latin Amerika itu memburu mahkota kejuaraan buat kali ketiga pada edisi kali ini.

Untuk makluman anda, perlawanan penentuan tempat ketiga antara Brazil vs Belanda bakal berlangsung pada 13 Julai 2014 iaitu pada jam 4.00 pagi. Perlawanan akhir antara Jerman vs Argentina pula bakal berlangsung pada 14 Julai 2014 dan sepak mula dijadualkan pada jam 3.00 pagi.

Berikut ammboi sertakan Jadual Perlawanan Akhir (Final) Piala Dunia 2014:

keputusan final piala dunia 2014

Keputusan perlawanan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan. Harap maklum.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.