Jadual Perlawanan Badminton Olimpik London 2012 (Pemain Malaysia Sahaja) | Berikut merupakan Jadual Perlawanan Badminton Peringkat Kumpulan Olimpik London 2012. Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat laluan selesa apabila diundi bersama pemain nombor 45 dunia, Ville Lang dari Finland dalam kumpulan A pada temasya Olimpik, London yang bermula Jumaat, 27 Julai 2012.

Bagaimanapun bukan mudah buat beregu lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong serta beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying apabila masing-masing perlu menempuh laluan sukar pada peringkat ’round-robin’ kejohanan. Koo dan Tan dijadualkan bertemu dengan beregu nombor satu dunia Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan selain bertemu beregu Indonesia Howard Bach/Tony Gunawan dan Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun dalam kumpulan D.

Beregu campuran, Chan dan Goh pula dijadualkan bertemu dengan beregu nombor dua dunia Xu Chen/Ma Jin dari China, Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand dan Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing dari Taiwan dalam kumpulan D.

Mengikut format baharu acara badminton yang bermula dengan edisi Sukan Olimpik di London, pada pusingan awal bagi acara perseorangan, pemain akan dibahagi kepada 16 kumpulan dengan setiap kumpulan dibarisi empat pemain yang bersaing dalam perlawanan round robin. Hanya juara setiap kumpulan kemudian akan bersaing dalam pusingan kalah mati. Bagi acara beregu, 16 pasangan akan bersaing dalam empat kumpulan menerusi pusingan round robin sebelum dua gandingan terbaik dari setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati.

KLIK SINI —> JADUAL SEPARUH AKHIR BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012

Perseorangan Lelaki

Kumpulan A

  1. Lee Chong Wei
  2. Ville Lang

Perseorangan Wanita

Kumpulan B

  1. Tee Jing Yi
  2. Bae Yoen Ju
  3. Allegrini Agnese

Beregu Lelaki

Kumpulan D

  1. Koo Kien Keat / Tan Boon Heong
  2. Chung Jae Sung / Lee Yong Dae
  3. Howard Bach/Tony Gunawan
  4. Naoki Kawamae/Shoji Sato

Beregu Campuran

Kumpulan D

  1. Chan Peng Soon / Goh Liu Ying
  2. Xu Chen/Ma Jin
  3. Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam
  4. Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing

*Hanya juara setiap kumpulan kemudian akan bersaing dalam pusingan kalah mati.

JADUAL PERLAWANAN BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012 (PEMAIN MALAYSIA SAHAJA)

Perseorangan Lelaki – Lee Chong Wei

Round Of 16

Lee Chong Wei vs Simon Santoso [21-12, 21-8]

[1 Ogos 2012 | 10.00 malam waktu Malaysia]

Suku Akhir

Lee Chong Wei vs Kasyap Parupali (India) [ 21 – 19 | 21 – 11 ]

[2 Ogos 2012 | 1.00 pagi (waktu Malaysia)]

Separuh Akhir

Lee Chong Wei vs Chen Long (Chn)

[3 Ogos 2012 | 9.30 mlm waktu Malaysia]

— — — — —

Perseorangan Wanita – Tee Jing Yi [TERSINGKIR]

— — — — —

Beregu Lelaki – Koo Kien Keat / Tan Boon Heong

Mara Ke Suku Akhir

Koo Kien Keat / Tan Boon Heong vs Isara B / Jongkit M (Tha) [21 – 16 | 21 – 18 ]

[2 Ogos 2012 | 5 petang waktu Malaysia]

Separuh Akhir

Koo Kien Keat / Tan Boon Heong vs Cai Y / Fu H F (Chn)

[Tarikh dan Masa Perlawanan Belum Update]

— — — — —

Beregu Campuran – Chan Peng Soon / Goh Liu Ying [TERSINGKIR]

[TARIKH DAN WAKTU PERLAWANAN AKAN DIUPDATE DARI MASA KE SEMASA DISINI]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.