Perlawanan pusingan pertama Piala FA 2014 secara rasminya akan membuka saingan pada 21 Januari 2014 depan dengan keseluruhan 30 pasukan berstatus kelab dan negeri. Ia bakal disertai daripada 12 pasukan Liga Super, 12 pasukan dari Liga Premier dan enam pasukan yang bermain di Liga FAM termasuk juga skuad pelapis negara, Harimau Muda C.

Lebih menarik apabila finalis Piala FA musim ini, Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) mendapat laluan mudah apabila mara secara automatik ke pusingan kedua kejohanan itu. Naib juara Piala Malaysia 2013 itu akan menanti pemenang pusingan pertama antara pasukan Pahang Kuantan FA dan Sabah di pusingan kedua kejohanan itu nanti.

Sementara itu, Johor DT yang diperkuat dengan bintang Argentina, Pablo Aimar bakal menyahut cabaran di antara Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (T-Team FC) atau Universiti Teknologi Mara (UITM FC) di pusingan kedua nanti.

Jadual penuh perlawanan Piala FA 2014 adalah sebagaimana dibawah:

keputusan undian piala fa 2014

Kredit kepada pemilik jadual ini…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.