Jadual Piala FA 2017! Saingan Piala FA 2017 bakal bermula tidak lama lagi. Sebagaimana yang kita maklum, undian pusingan pertama (kelayakan) dan undian pusingan kedua Piala FA 2017 telah diadakan pada 22 Disember 2017.

Pusingan pertama akan melibatkan 13 pasukan dari Liga FAM. Tiga pasukan telah layak secara automatik ke pusingan kedua. Manakala 10 pasukan akan berentap merebut tiket untuk mara.

Berikut adalah jadual perlawanan pusingan pertama Piala FA 2017:

Pusingan kedua pula bakal melibatkan 32 pasukan. Iaitu 12 pasukan dari Liga Super dan 12 pasukan dari Liga Perdana. Tidak lupa juga 8 pasukan dari Liga FAM yang berjaya melepasi pusingan pertama.

Berikut adalah jadual perlawanan pusingan kedua Piala FA 2017:

Untuk makluman anda, pusingan pertama Piala FA 2017 akan bermula pada 5 Februari 2017. Manakala pusingan kedua Piala FA 2017 akan bermula seawal 14 Februari 2017.

Tugas mencabar buat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musim depan apabila diundi bertemu seteru utama Felda United pada pusingan kedua.

Pada pusingan itu nanti, JDT akan berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang yang akan berlangsung pada 17 Februari.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan mengalahkan PKNS FC 2-1 di pentas akhir pada 14 Mei lalu, manakala Felda United terkandas di separuh akhir.

Sementara itu, pasukan yang mampu mencabar kejuaraan, juara Piala Malaysia 2016 Kedah bertemu Kuala Lumpur, manakala juara Liga Perdana Melaka United bertemu naib juara PKNS FC.

Pasukan bermasalah Selangor pula berdepan Negeri Sembilan, sementara peluang Kelantan untuk mara peringkat seterusnya cerah apabila hanya perlu mengatasi pasukan dari Liga Perdana, PKNP FC.

Pahang yang membuat rombakan besar pasukan dengan membawa masuk bekas jurulatih kebangsaan Dollah Salleh akan membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Kesemua perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 5 Februari yang menampilkan 13 pasukan Liga FAM yang mana tiga daripada mereka termasuk KDMM FC, UKM FC dan MPKB-BRI U-BES sudah mendapat bye secara automatik ke pusingan kedua

Pusingan kedua akan berlangsung 17 Februari dengan kesemua perlawanan secara kalah mati, sama dengan format musim lalu. – Sinar Harian Online.

Maklumat lanjut mengenai jadual dan keputusan perlawanan akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

Sila ikuti perkembangan Liga Malaysia 2017 dengan mengikuti Facebook kami dibawah:

Ammboi Media

Arena Bola Sepak Malaysia

Info Sukan Malaysia

The Red Warriors News

Terima kasih!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.