Jadual Sesi Ujibakat Bintang Mencari Bintang (BMB) TV3 2013 | Bintang Mencari Bintang (BMB), sebuah rancangan program realiti terbaru TV3 yang memperlihatkan kewibawaan barisan sifu terkenal tanah air ini mengilap bakat baru berdasarkan sketsa komedi dan nyanyian. Enam Sifu berkenaan adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Zizan.

Mereka kini mula mengatur strategi mencari bakat-bakat yang akan digilap sehingga menjadi bintang berkilauan seperti mereka. Oleh itu, sesi ujibakat Bintang Mencari Bintang (BMB) akan diadakan di lokasi-lokasi dibawah. Untuk sesi ujibakat BMB akan membawa khidmat dua nama besar dalam industri seni tanah air iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Ajai sebagai juri untuk memilih para peserta yang berkelayakkan ke pusingan seterusnya di mana pusingan tersebit akan dinilai oeh keenam-enam Sifu untuk memilih anak didik mereka.

Bintang Mencari Bintang (BMB) TV3 2013

Kriteria peserta BMB yang dicari iaitu berusia 18-28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan tidak melebihi 2 orang dan warganegara Malaysia yang memiliki bakat sketsa komedi dan boleh menyanyi. Jangan lupa bawa kad pengenalan gambar berukuran pasport 4R serta minus one sendiri di sesi ujibakat yang diadakan di lokasi-lokasi berikut:

  • 19 & 20 Januari – AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang.
  • 26 & 27 Januari – Centerpoint Kota Kinabalu, Sabah.
  • 2 & 3 Februari – Boulevard Kuching, Sarawak
  • 8 & 9 Februari – Kota Bharu Trade Centre, Kelantan
  • 16 & 17 Februari – Plaza Angsana, Johor Bahru
  • 23 & 24 Februari – AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur

Bintang Mencari Bintang (BMB) bakal bersiaran sebanyak 15 epsiod. Setiap seorang Sifu akan mempunyai dua peserta iaitu seorang dari kumpulan A dan seorang kumpulan B. Setiap pasangan Sifu dan peserta akan bersaing antara satu sama lain mengikut kumpulan untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadia wang tunai RM200,000 beserta trofi.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.