Jadual Suku Akhir Perlawanan Bola Sepak Sukan Malaysia (SUKMA) XV Pahang 2012 | Saingan bagi acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) XV Pahang 2012 kini sudah memasuki fasa suku akhir. Pahang yang bergelar Juara Kumpulan A akan diiringi Terengganu yang meduduki tempat kedua kumpulan.

Selangor pula muncul juara Kumpulan B dan Perak menduduki tangga kedua kumpulan juga layak ke suku akhir. Pasukan Perlis juga layak mara ke peringkat suku akhir apabila berjaya menduduki tangga pertama bagi kumpulan C. Manakala Kedah turut mara dengan kelebihan gol meskipun berkongsi mata dengan Sabah. Bagi saingan Kumpulan D pula memberi kelebihan kepada pasukan Wilayah Persekutuan yang mengungguli kedudukan teratas dan Negeri Sembilan menduduki tangga kedua.

Acara suku akhir bagi perlawanan bolasepak akan bermula pada 10 Julai 2012 (Selasa) pada jam 4.45 petang di Padang MPK 1 dan 2 manakala jam 8.00 malam di Stadium Darul Makmur.

Nota : Maaf diatas kesilapan jadual sebelum ini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.