Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup bermula petang ini, 21 Mac 2012 sehingga awal pagi Ahad (25 Mac 2012) bersempena raptai dan sambutan Hari Polis ke-205. Penutupan berkenaan adalah untuk memastikan kelancaran majlis dan sebagainya.

Ianya disahkan melalui kenyataan Ketua Trafik Kuala Lumpur, jalan berkenaan akan ditutup mulai 6 petang hingga 12 tengah malam Jumaat untuk raptai manakala untuk sambutan Hari Polis Sabtu ini pula penutupan jalan bermula 3 petang hingga 2 pagi Ahad.

Antara jalan yang terbabit ialah :

  1. Jalan Kinabalu ke laluan susur ke Bukit Aman
  2. Jalan Hishamuddin/Jalan Raja
  3. Jalan Hang Kasturi/Jalan Leboh Pasar Besar
  4. Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
  5. Bulatan Dato Onn/Jalan Raja
  6. Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
  7. Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak ke Dataran Merdeka

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.