Berhenti Menuduh Forteen Kumpulan Lelaki Gay | Kumpulan vokal baru, Forteen meminta masyarakat tidak tersalah anggap dengan melabelkan mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya. Anggotanya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22, (Izzue) berkata, imej dan fesyen yang mereka gayakan hanyalah penampilan luaran mengikut konsep muzik yang dipertaruhkan.

“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan. Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” katanya dalam mStar Online.

Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abd Hamid, 23, berkata, dakwaan itu tidak menjadi isu kerana ibu bapa mereka mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Katanya, sejak awal kemunculan perkara ini sudah timbul, jadi mereka ambil pendekatan untuk tenang menghadapinya. Tiada apa perlu dirunsingkan kerana ia bukan perkara besar pun.

Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau One, 23, yang lebih berpengalaman dalam bidang hiburan sejak 2006 pula berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai tuduhan itu sebaliknya mengambil pendekatan untuk memberi perangsang kepada tiga lagi rakannya agar tabah menghadapi dugaan itu. Seorang lagi anggota Ameer atau Mohammad Arif Ameerais Azhar, 22, berkata dia kecewa dengan persepsi masyarakat yang melabelkan seseorang tanpa usul periksa.

Mengenai Hari Raya, keempat-empat anak muda di bawah naungan KRU Music ini bercuti selama seminggu sebelum menyambung semula jadual seni mereka. Izzue dan Ameer pulang ke Kota Bharu, Kelantan, Ariz meraikannya bersama keluarga di Bangi, Selangor dan One beraya di Shah Alam, Selangor buat pertama kali. (mStar Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.