‘Jangan Nilai Saya Kerana Gambar Seksi’ – Nabila Huda | Nabila Huda, 29, antara artis wanita sering dikaitkan dengan imej negatif. Anak kepada lagenda rock, Amy Search ini sememangnya sering menimbulkan kontroversi walaupun tidak dinafikan dia antara artis wanita yang berbakat besar. Namun jelas Nabila, penampilannya itu bukan sengaja untuk mencari masalah.

Menerusi laporan mStar Online, Nabila Huda menyifatkan gambar-gambar yang di muat naik di laman sosial Instagram miliknya adalah sekadar untuk berkongsi tentang kegiatannya dan bukan bertujuan menimbulkan kontroversi. Kata Nabila, gambar-gambar tersebut kebanyakannya berkisarkan tentang tempat-tempat cantik yang pernah dikunjungi ketika penggambaran atau percutian.

nabila-huda

“Ia adalah perkara normal, semua orang akan muat naik gambar-gambar menarik mereka cuma mungkin pakaian saya sedikit seksi tapi sebenarnya bukan itu yang saya ingin tunjukkan kepada umum sebaliknya gambar pemandangan dan latar belakang gambar itu. Jangan menilai saya hanya dengan gambar-gambar tersebut, itu adalah kehidupan saya dan saya tidak mahu hipokrit,” ujarnya yang enggan mengambil peduli cemuhan masyarakat.

Tambahnya, dia pernah berasa putus asa suatu masa dahulu kerana terlalu memikirkan pandangan masyarakat terhadap dirinya. Nabila juga memohon agar kontroversi atau isu yang ditimbulkan olehnya tidak dikaitkan dengan keluarga.

“Dulu saya pernah rasa give up, saya rasa hidup saya tidak berguna apabila mengambil pusing apa yang orang ramai cakap. Namun sekarang saya buat tidak tahu sahaja, biarkan mereka cakap apa yang mereka mahu. Apabila ada isu atau perkara negatif tentang saya tolong jangan libatkan ayah kerana saya sudah besar dan bertanggung jawab dengan hidup saya sendiri. Saya tidak mahu dia risau kerana dia pun sudah tua, saya mahu dia melihat kerja dan bakat saya bukannya masalah,” ujar Nabila.

p/s : janganlah over sangat…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.