Jangan Pandai-Pandai Nak Buat Gosip – Zizan Razak | Sebelum ini ada cerita mengatakan kontrak Zizan Razak (Raja Lawak) sebagai duta kepada jenama sukan permotoran M7 dan juga minuman tenaga Drive telah ditamatkan lebih awal daripada tarikh sepatutnya. Tempatnya pula digantikan oleh orang lain. Sebab penamatan kontak tak ada pula diberitahu.

Namun Zizan pantas menyangkal dakwaan berkenaan. Menerusi laporan murai.com.my, Zizan ternyata terkejut dan kurang senang dengan cerita sebegitu yang dianggapnya sebagai tidak berasas. Zizan juga turut mengingatkan pihak tersebut supaya tidak mengada-adakan cerita yang boleh merosakkan reputasinya. Malah, dia baru sahaja menyambung kontraknya dengan M7 pada hujung minggu lalu di Johor Bahru.

zizan duta produk m7 dan drive

“Kadang-kadang saya hairan kenapa ada pihak-pihak tertentu cuba mengadakan cerita yang pada saya tidak berasas. Mana mereka tahu kontrak saya ditamatkan. Lagi-lagi yang bercerita pula bukan daripada orang M7 sendiri. Jangan nak pandai-pandai kalau mereka sendiri tidak terlibat dan tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya agak kecewa bila dengar perkara macam ni, tolonglah ubah persepsi anda. Kepada mereka yang membuat cerita tersebut, saya nak tahu dari mana mereka mendapat sumber itu. Untuk pengetahuan ramai, pihak M7 telah menyambung kontrak mereka dengan saya untuk satu tahun lagi. Alhamdulillah masih ada rezeki saya dengan M7 dan kepada mereka-mereka yang bercakap tu saya mintak tolong pastikan cerita mereka tak memberi kesan kepada orang yang mendengar,” jawab Zizan dalam laporan berkenaan.

Zizan kini sedang sibuk di set penggambaran filem terbarunya Abang Long Fadil.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.