Jangan Perbesarkan Isu Saya Berkemban – Izreen Azminda | Filem Pecah mungkin akan menjadi tajuk panas apabila ditayangkan nanti. Masakan tidak apabila ada satu babak pelakon wanitanya, Izreen Azminda berkemban dalam satu babak filem berkenaan. Penggambaran filem berkenaan dilakukan sebelum Izreen berkahwin dan dia berharap babak berkenaan tidak disensasikan.

Izreen tidak menafikan kerisauannya mengenai tayangan babak berkenaan. Izreen akui, pada mulanya dia berasa agak kekok ketika mahu melakukan adegan itu. Tetapi selepas merasakan ianya tidak keterlaluan, dia cuba memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak pengarah serta jalan cerita filem berkenaan. Begitupun Izreen sedar yang sikit sebanyak aksi berkembannya tu akan mendapat reaksi negatif daripada segelintir peminat. Kerana itu dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Jelas Izreen lagi, dia bukannya berbogel dalam filem itu dan hanya berkemban dengan tuala merah.

izreen azminda berkemban dalam filem pecah

“Penggambaran filem ni dijalankan sebelum saya berkahwin. Bagi saya, ia tidak ada masalah besar dan saya tak rasa ia akan menimbul apa-apa isu. Lagipun ia paras dada. Saya bukan bogel.  Bagi saya perkara ni normal, bila kita buat salah sikit atau nampak tak berapa betul pada kita, pasti kita dikecam. Bagi saya, saya dah biasa dah dengan perkara sebegini. Saya tak kisah. Cuma saya harapkan jangan ada pihak yang memperbesarkan isu ini. Suami saya belum tonton lagi filem ni, tak tahu apa kata dia nanti, kan. Tapi saya saya dia akan positif. Lagipun dia memamg sentiasa berfikiran positif”, katanya dipetik dari Malaysia Digests mengulas mengenai aksi beraninya itu.

Dalam pada itu Izreen juga memberitahu setelah bergelar isteri dan tidak lama lagi bergelar ibu pula, jadi dia mengambil keputusan untuk lebih sensitif terhadap pemilihan watak dalam setiap tawaran selepas ini. Kalau sebelum ini dia lebih dikenali dengan karakter antagonis, tetapi atas permintaan suami, Izreen berkata dia sebolehnya tidak mahu lagi menghidupkan karakter seorang wanita yang terlalu jahat. Jauh sekali mahu tampil seksi ataupun melakonkan babak seperti aksi di ranjang.

Filem Pecah turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Tony Eusoff, Sofi Jikan, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Ia bakal ditayangkan mulai hari ini, 13 Jun 2013.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.