Kecoh juga beberapa minggu lepas dengan kontroversi gambar atas katil pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry KRU. Ia mula disebarkan menerusi media sosial dan ramai juga yang mengecam gambar berkenaan selain ada yang turut memuji kemesraan pasangan itu. Cuma mereka berpendapat adalah tidak wajar untuk berkongsi gambar suami isteri di atas katil sebagaimana gambar tersebut.

Bagaimanapun, hari ini menerusi laman Instagram peribadi, Yusri dan Lisa telah memberikan kenyataan sebagai penjelasan kepada isu tersebut. Menurut kenyataan Yusri, ia bukannya katil dalam bilik tidur mereka sebagaimana yang diandaikan peminat namun ia adalah set yang dibina oleh kelab peminat Lisa Surihani lebih setahun yang lepas di atas lantai function hall Flamingo Hotel.

gambar atas katil lisa surihani dan yusri kru

“Ini adalah set yg dibina oleh kelab peminat Lisa Surihani lebih setahun yang lepas di atas lantai function hall Flamingo Hotel. Bukan atas katil seperti didakwa sesetengah pihak. Tolong research sebelum sebarkan fitnah!” tulis Yusry KRU.

Menerusi kenyataan Lisa Surihani pula, dia menyelar perbuataan individu yang melaporkan kisah bergambar di atas katil ini seperti perkara sahih. Selain itu, Lisa juga berharap apa yang dijelaskan oleh suaminya itu mendedahkan segalanya.

“Bagi mereka yang sudi dan setia mengikuti perkembangan kami tahu perkara yang sebenar dan tahu cerita yang tidak benar ini cuba disebarkan tanpa usul periksa dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Tabloid, gossip & sebagainya sebagai ruangan adalah perkara biasa dan amat kami memahami, namun jika laporan yang tidak sahih yang dilaporkan berbunyi seperti statement, dengan rendah dirinya saya rasa itu tidak wajar. Kalau boleh jangan adakan sesuatu yang tidak ada. Saya berharap perkara ini menjelaskan perkara dengan sejelas-jelasnya,” tulis Lisa Surihani panjang lebar.

p/s: Harap penerangan Yusry dan Lisa jelas…. (termasuk ammboi)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.