Johan Raja Lawak diakui antara pelawak tersohor negara ketika ini. Jika ada persembahan Johan, memang beliau akan sangat-sangat dinantikan oleh ramai peminat. Kat radio Era FM pun memang pagi-pagi tak kering gusi dengan karenah beliau bersama JoHaRa pagi Era.

Yalah, bila dah popular sudah tentu Johan akan mendapat hasil yang lumayan. Namun begitu, Johan tetap dengan pendiriannya untuk fokus kepada tugasannya di Era FM.

Bukan sombong tolak tawaran kerja lain tapi Johan ada alasan sendiri…

“Sekarang, masa saya banyak untuk keluarga. Bangun Subuh memang rutin biasa sebab harus sampai di pejabat Era FM sebelum jam enam pagi. Habis ke udara tengah hari, saya akan ke pejabat atau terus pulang ke rumah. Malam, jam sembilan ke 10, saya perlu masuk tidur. Sebab, dah tahu esok kena kerja seawal Subuh. Sebab itu, saya banyak tolak kerja dengan produksi lain sebab tidak mampu commit dengan jadual mereka.”

Biar kurang popular asal mampu beri komitmen 100 peratus…

“Kalau kerja untuk produksi sendiri, saya boleh adjust masa saya ikut keselesaan sendiri. Walaupun ada yang kata tak apa, mereka boleh adjust ikut jadual saya. No, saya tetap tolak kerana saya tidak mahu susahkan banyak pihak di kemudian hari. Biarlah, saya hilang satu job, tapi untuk job yang lain saya mampu beri komitmen 100 peratus.”

Bekerja untuk duit untuk menyara anak isteri…

“Biar kurang popular tetapi lebih pendapatan (ketawa). Biar jarang ada kerja tetapi sekali buat kerja, ia memberi pulangan lumayan. Ya, saya bekerja untuk duit, bukan untuk popular atau anugerah. Saya bekerja menyara anak isteri, jadi saya perlu tahu hala tuju saya. Ada yang kata disebabkan saya sudah kahwin, saya sukar popular, saya tak kisah. Sebab itu, apabila saya menang tempoh hari, antara ucapan yang paling saya ingat adalah daripada Yus Jambu. Katanya, ‘Siapa kata pelawak dah kahwin tak popular?’ Sampai sekarang saya ingat.”

Lumrah kehidupan, ada yang tak boleh tengok orang lain senang. Begitu juga dilalui oleh Johan sekeluarga. Pelbagai kritikan dan tohmahan diterimanya sepanjang bergelar anak seni. Antaranya mengenai sikap Johan yang terlalu manjakan isteri dengan kemewahan.

Namun jawapan dari Johan memang terbaik…

“Seperti yang saya katakan tadi, saya bekerja untuk keluarga. Saya percaya pada rezeki selepas kahwin kerana itu kalau orang kata berkahwin buat kamu hilang job saya akan kata ‘berkahwin itu jodoh, tak kahwin itu bodoh’. Tak siapa tahu siapa yang bersama saya ketika saya susah dulu? Saya kenal Ozlynn sejak sekolah lagi dan bercinta ketika saya masih menjual otak-otak.”

“Ketika dia sudah jadi artis, dia masih bersama saya, dia yang belikan baju saya, pinjamkan keretanya kalau keluar dating. Sedangkan kalau dia mahu, dia boleh cari lelaki lain yang lebih kaya. Apa sangat yang saya berikan dia hari ini berbanding apa yang dia korbankan dari dulu? Malah, syarikat ini pun saya tubuhkan untuk dia.”

“Ini bukan soal memewahkan tetapi tanggungjawab. Saya lelaki, kalau ditakdirkan saya susah semula, saya boleh tidur di surau atau merempat tapi anak isteri, mana mungkin saya biarkan begitu?”

Sudah tentu siapa yang ikuti perkembagan Johan pastinya tahu bagaimana kisah hidup beliau sebelum ini. Apapun tahniah kepada Johan atas kejayaan yang dikecapinya.

Semoga ia boleh dijadikan pembakar semangat kepada kita semua untuk menjadi orang yang berjaya.

Sumber asal: InTrend


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.