Reda sudah kisah pemberontakan Sultan Sulu. Namun industri hiburan terus dihangatkan dengan cerita seorang penyanyi veteran yang popular era 60-an, iaitu Datuk Jeffrydin. Hangat diperkatakan gelaran Datuk yang diterimanya itu dianugerahkan oleh Sultan Sulu. Betul kah?

Bagaimanapun menerusi laporan Malaysia Digests, Datuk Jeffrydin memberitahu beliau sudah lali dengan pelbagai tuduhan persoalaan sesetengah pihak yang mempertikaikan mengenai gelaran Datuk yang diterimanya. Dia menganggap individu yang mempertikaikan gelaran yag diterimanya itu sebagai orang yang mempunyai sifat iri hati. Jelasnya lagi, gelaran Datuk itu telah dikurniakan oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2009 dan bukannya daripada Sultan Sulu di Filipina yang tidak diiktiraf oleh negara ini.

jeffrydin nafi terima gelaran datuk dari sultan sulu

“Terserah kepada mereka bagi yang mahu menilai gelaran itu. Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang. Bagi saya mereka yang mempertikaikan kurniaan gelaran itu kerana ada perasaan iri hati,” katanya yang baru saja tampil dengan album baru berjudul, Debaran Rindu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.