Pelakon dan pengarah drama, Jehan Miskin mengakui banyak menghabiskan masa bersendirian sepanjang bulan Ramadan ini kerana isterinya, Julie Camelia Rhee sering berulang-alik ke luar negara atas urusan kerja. Dalam pada itu, Jehan berkata, pada Hari Raya Aidilfitri kali ini juga mereka hanya akan bersama selama dua hari kerana isterinya akan berangkat ke Australia pada Hari Raya ketiga.

KIra ok la tu boleh juga beraya bersama selama dua hari. Ingatkan tak boleh beraya langsung. Kata Jehan, walaupun sedih tidak dapat menyambut Ramadan bersama isteri tercinta dia bagaimanapun memahami kerjaya isterinya yang memerlukan sentiasa ke luar negara.

jehan miskin dan isteri

“Kehidupan saya sebenarnya seperti orang bujang kerana isteri kini berada di Jepun dan saya terpaksa melakukan segala kelengkapan harian sendiri. Bagaimanapun saya tidak kekok kerana sebelum berkahwin juga saya sudah terbiasa melakukan semua kerja sendiri,” jelasnya dipetik dari mStar Online.

Jelas Jehan, dia akan menggunakan masa tersebut sebaik-baiknya bersama Julie selain membawa isterinya itu berhari raya bersama sanak saudara dan rakan-rakan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.