Sudah dua minggu pelakon dan pengarah Jehan Miskin berpuasa seorang diri walaupun beliau sudah sah mempunyai isteri. Kiranya tahun ni beliau puasa macam zaman bujang dulu jugak la. Disebabkan ketiadaan isterinya Julie Camelia Rhee di sisi, Jehan terpaksa menguruskan makan pakainya sendiri. Termasuklah menjalani ibadah berpuasa sendirian.

Jehan meluahkan rasa sedihnya dalam sebuah portal hiburan namun dia tidak kisah kerana kesibukan isterinya adalah atas tugasan kerja. Katanya lagi, isterinya kan pulang ke Malaysia hujung minggu ini dan dia sudah tidak sabar untuk menjalani ibadat puasa bersama isterinya.

jehan-korea-kahwin-0056

“Allhamdulillah puasa okay. Tapi sedih sikit lah sebab saya berpuasa sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja. Jadi saya macam orang bujang lah sekarang. Berbuka seorang. Isteri saya tak ada, saya tak bangun sahur sebab saya ni selalu tidur lewat. Lagipun saya baru balik dari menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan tu memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi. Sekarang dah balik KL, berbuka seorang, macam orang bujang. InsyaAllah isteri saya balik hujung minggu ini. Dia balik nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia masak dan bersahur bersama”, kata Jehan dipetik dari Malaysian Digest.com.

Jehan berkahwin dengan Camelia yang merupakan warganegara Korea, pada 4 Mei lalu selepas lima tahun bercinta. Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.