Seronoknya kalau dapat travel dengan rakan-rakan karib kan? Ke luar negara mahupun ke tempat-tempat atau negeri-negeri dalam Malaysia sendiri pun sudah berbaloi. Yang penting memori yang dicipta bersama rakan-rakan. Salah satu negara yang kebanyakan orang kita lawat ialah Jepun. Jepun mempunyai banyak tarikan pelancong. Dari segi rakyatnya hingga ke makanannya.Paling menarik ialah tempat-tempat melancong di Jepun.

Apa yang akan muncul dalam minda bila sebut Jepun? Semestinya anda akan terbayang bunga sakura, kimono, solekan Geisha dan sebagainya. Jepun mempunyai lebih dari satu keunikan yang membuat kita tertanya-tanya. Di sini Tuan Afiq kongsikan pengalamannya bersama lima orang sahabatnya jelajah ke Jepun.

Trip kami bukanlah bermatlamatkan budget yang sangat minima, sebaliknya trip kami adalah trip yang dikatakan “comfortable & leisure”. Jadi, mungkin ada pembaca yang akan berpendapat budget keseluruhan kami agak tinggi.

Secara keseluruhan penerbangan kami melalui:
Outbound: Kuala Lumpur – Bangkok – Nagoya – Sapporo
Inbound: Sapporo – Tokyo – Kuala Lumpur

Jenis Airlines: Malaysia Airlines & Japan Airlines
Ticketing channel: Expedia.com

Kos penerbangan = RM8615.40 / Rm1435.90 per pax (5x fly)
Kereta sewa = Rm2008 / ¥ 51080 / Rm335 per pax
Minyak kereta = Rm360 / ¥ 9160 / Rm60 per pax
Ruma sewa = Rm2643 / ¥ 67253 / Rm441 per pax (6 Nights)
Parking / admission ticketing = Rm200 / ¥ 2500 / Rm33 per pax
Makan = Rm160 / Rm54 per pax (bawa dari Malaysia + beli di Japan)
Lesen antarabangsa = Rm150 / Rm25 per pax
Travel wifi = Rm135 / Rm23 per pax (travel recommend)
Parking ticket, admission ticketing = Rm200 / ¥ 2500 / Rm33

Jumlah kesuluruhan bagi seorang = Rm2427

Accommodation details

Accommodation type: Air Bnb House
Location: Shiraoi
Address: Kitayoshiwara 369-134 Shiraoi, Hokkaido 059-0923 Japan
Host contact number: +86 135 3515 0975

Car Rental Details

Reservation center: Budget Rental Car
Address: 1-3-2, Kashiwadaiminami, Chitose City, Hokkaido
Contact number: Call (domestic resident) 0120-054-317
Call (international resident) +81-92-624-1720
Car type: MV (Toyota Wish)

Trip Itinerary

Day 01: Kuala Lumpur – Chitose

KLIA – Chin Chitose – Shiraoi (check-in house)

Day 02: Noboribetsu

Noboribetsu Marine Park Nixe – Oyunuma – Noboribetsu Gateway Cente – Orofure Pass – Volcano Science Museum – Muroran Mosque (Friday Prayer)

Day 03: Shiraoi

Ainu Museum and village – Lake Kuttara – Sendaihan Shiraoi Motojinya Museum – Tomakomai City Science Centre – Sea Station Plat Seaport Market

Day 04: Sapporo

Sapporo white illumination – Moerenuma Park – Mount Okura Observatory – Hokkaido Underground Pedesterian Space – Odori Park – Hokkaido Jingu – Susukino – Historical Village of Hokkaido

Day 05: Sapporo

Nakajima Park – Maruyama Zoo – Sapporo Dome – Sapporo Tv Tower – Clock Tower – Ganso Sapporo Ramen Street – Stellar Place Sapporo – Fushimi Inari Shrine – Sapporo Mosque – Sapporo Sports Museum – Hiraoka Park

Day 06: Sapporo

Sapporo International Ski place – Sapporo Snow Festival – Nijo Market – Sapporo factory – Leisure activity

Day 07: Chitose – Kuala Lumpur

Stellar Place Sapporo – Odori Bisse – Gift Speciality shop – Chin Chitose Airport

*Bila agaknya dapat ke tempat-tempat menarik di atas? Jangan biarkan anak-anak kita terus-menerus buang masa dengan gadjet di tangan dan mengurung otak mereka daripada berkembang. Bawa mereka berjalan atau travel adalah jauh lebih baik. Bagi yang masih bujang, anda bebas. Sementara bebas inilah anda perlu spread your wings and fly! Travel alone merupakan impian ramai orang muda sekarang. Walau bagaimanapun, trend travel dengan rakan-rakan masih tidak pupus. Di mana-mana sahaja kita boleh lihat orang muda post di Facebook, Instagram atau Twitter tentang travel. Mengajak rakan-rakan mereka supaya memberi masa untuk bercuti dan jelajah. Tiket penerbangan pula ada waktu ianya murah. Jadi, orang ramai mengambil peluang tersebut untuk travel overseas. Semoga dipermudahkan segala urusan!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.