Jenazah kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar, Nurul Nadirah Abdullah dituntut oleh keluarganya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada pukul 11.45 pagi tadi. Sebelum ini pengesahan daripada pakar gigi diperlukan sebelum mayat Nurul Nadirah Abdullah, lima tahun, yang ditemui rentung boleh diserahkan kepada keluarganya kerana ia penting bagi menguatkan hasil ujian DNA yang diperolehi semalam.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat apabila ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, tiba bersama ibunya, Milnah Jul, 52, dan ahli keluarga lain pada pukul 9.50 pagi. Roselyn dibawa masuk ke dalam bangunan tersebut ditemani ibunya kira-kira 20 minit sebelum keluar dengan linangan air mata.

Pada pukul 10 pagi, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai bapa kandung kanak-kanak yang dikenali sebagai Dirang itu dibawa ke rumah mayat HSA untuk buat menatap kali terakhir jenazah anaknya. Lelaki yang berpakaian baju lokap dan bergari tiba di HSA dengan diiringi tiga anggota polis dan terus dibawa masuk ke dalam bangunan berkenaan sebelum keluar 10 minit kemudian.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.