Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Dan Ahmad Farhan Selamat Tiba Di TUDM Subang | Berdasarkan sumber yang ammboi baca, jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

ops daulat

Ahmad Hurairah (Pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau) terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan (Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Sandakan) terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Kedua-dua anggota keselamatan yang terkorban berasal dari Kelantan.

AL-FATIHAH untuk semua pejuang negara yang terkorban.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.