Siapakah gerangan selebriti wanita yang sudah membuatkan aktor, Johan As’ari terpaut padanya? Adakah artis wanita berkenaan adalah penyanyi Shila Amzah sebagaimana yang digosipkan sebelum ini. Kalau benar, sudah tentu ramai peminat mereka bersetuju dengan jodoh antara mereka. Namun perkara ini belum disahkan dan Johan sendiri yang berkias sahaja mengenai wanita berkenaan.

Menerusi laporan mStar Online, Johan As’ari mengakui dia sudah mengakui terpaut hati dengan seorang wanita yang juga merupakan salah seorang selebriti hiburan tempatan. Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 27, bagaimanapun berkata, dia enggan meluahkan perasaan hatinya kepada artis wanita berkenaan walaupun tahu dia bukan bertepuk sebelah tangan.

shila amzah dan johan asari 1

“Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih. Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri,” katanya dalam laporan berkenaan.

Tambah Johan, dia juga bercadang ingin melamar artis wanita berkenaan dengan mengikat tali pertunangan pada tahun ini, namun ia sekadar rancangan sahaja. Dalam pada itu, Johan berkata dia juga cukup senang apabila mereka saling mempercayai dalam setiap perkara yang dilakukan tanpa perlu timbul rasa cemburu dihati.

“Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu. Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya,” tuturnya.

Kepada peminat Johan dan Shila Amzah, jom lihat foto-foto mesra Johan dan Shila dibawah sambil-sambil mendoakan adanya jodoh antara mereka.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.