Pelakon popular yang tengah panas dengan kontroversi percintaan Johan As’ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya. Menurut Johan, kemalangan berkenaan berlaku beberapa hari lepas iaitu pada pagi 10 Disember 2013 lalu. Ia dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.

Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran. Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan. Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Selain itu tidak dapat dipastikan kekasihnya Lana Nordin ada bersama atau tidak.

johan asari kemalangan jalan raya

johan asari kemalangan

Untuk makluman anda, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu. Rasanya Johan dah kena tukar kereta tu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.