Johan As’ari Mengaku Luah Perasaan Cinta Pada Nabila Dalam Twitter | Johan As’ari atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 26, tampil menjelaskan dalam sebuah portal berita online bahawa luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai 2012 lalu adalah sememangnya ditujukan kepada Nabila Huda. Luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu katanya adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan wanita berkenaan buat masa ini.

“Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih. Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum,” katanya.

Tambah Johan, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang besar untuk dilalui bagi sesebuah pasangan dan lebih suka sekiranya perasaan cinta antaranya dan Nabila mula terbit apabila kedua-dua mereka berkahwin.

“Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak. Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah. Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung,” tuturnya yang meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.