Sudah tentu peminat pelakon, pelawak dan penyampai radio popular Johan (Raja Lawak) sudah mengetahui bahawa kes tuntutan saman 1 juta terhadap pengarah filem, Mohd Javed Mohd Nizar dan produksi, Juara Film Production Sdn. Bhd. telah dimenangi oleh Johan beberapa hari lalu.

Terkini, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim dan isterinya, Ozlynn telah selamat tiba di Madinah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Melalui gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram, kelihatan ahli keluarga dan sahabat terdekat turut berkesempatan untuk menemui mereka di lapangan terbang sebelum berangkat ke sana.

johan dan ozlynn tunai umrah

johan umrah

Johan dan Ozlynn sempat membuat permohonan maaf kepada semua pihak atas segala kesalahan dan berharap peminat mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang berada di sana.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.