Sekejap dengan Lana Nordin, kali ini kata mahu tunggu Shila Amzah pula. Apa sebenarnya maksud Johan As’ari? Apakah niat sebenarnya mengeluarkan kenyataan mahu menunggu bekas ‘teman tapi mesranya’, Shila?

Sebelum ini, hubungan Johan dan Shila memang akrab dan mereka seringkali digosipkan bersama. Apatah lagi hubungan mereka berdua dilihat mendapat restu dari kedua-dua keluarga. Namun sejak Johan membuat pengakuan untuk melamar Lana Nordin, hubungannya dengan Shila agak dingin. Malah Shila pernah membuat kenyataan tidak akan menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi.

johan asari dan shila amzah dan lana nordin

Bagaimanapun lain pula bagi Johan. Dia telah mengeluarkan kenyataan mahu terus menunggu Shila Amzah. Johan sedar sejak dari pengumuman hubungannya dengan Lana, Shila telah menukar nombor telefon dan menyekat laman sosialnya, Bagaimanapun kata Johan dalam satu kenyataan dalam sebuah akhbar, hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan hubungan mereka tetap seperti biasa.

“Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan berkawan semula dengannya seperti biasa. Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian daripada saya,” katanya.

Menurut Johan, dia tidak rasa hubungan persahabatan yang dibina bersama Shila akan terputus begitu sahaja, memandangkan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat. Namun, apabila ditebak mengenai Shila yang dikatakan tidak mahu menerima Johan atas alasan sendiri, Johan agak terkejut. Namun Johan tetap berkata, hubungannya dengan Shila tidak akan putus. Dia masih dan tetap menyayangi Shila selamanya.

“Hubungan keluarga antara kami sangat rapat. Malah, Shila tetap menghubungi ibu saya, dan saya percaya hubungan mereka akan kekal baik selamanya,” katanya yang menganggap hubungan yang terjalin adalah kasih sayang yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada semua makhluknya. Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya. Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila. Dan berharap dia berjaya dan gembira,” katanya yang menganggap penyanyi itu sebagai adiknya sejak awal perkenalan lagi.

Meskipun dalam fasa perkenalan dengan cinta barunya itu, Lana Nordin, Johan bagaimanapun mengakui masih belum membawa kekasih hatinya itu untuk berjumpa keluarganya. Jelas Johan, dia akan membawanya untuk berjumpa keluarganya pada masa yang betul-betul sesuai.

p/s: Baguslah tu. Tindakan Johan memang tepat. Tak perlu nak panjangkan cerita. Cuma berikan masa kepada Shila untuk menenangkan fikirannya. Mungkin ada sesuatu yang Johan lakukan telah mengguris hatinya. Insya Allah, jika niat ikhlas pasti akan dipermudahkan Nya..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.