Walau gagal meraih sebarang kejuaraan untuk musim 2013, nampaknya pihak pengurusan Johor Darul Takzim (JDT) terus bersemangat untuk memantapkan pasukan mereka bagi musim Liga Super 2014. Terbaru menerusi laporan sebuah akhbar, kesungguhan JDT memburu kejuaraan pada musim depan menyaksikan rombakan besar-besaran bakal dilakukan dalam usaha merevolusikan bola sepak Johor yang menjadi agenda utama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

awe - nurul azwan roya - jdt

Walaupun belum ada pengesahan daripada PBNJ berhubung senarai pemain yang tidak akan bersama Johor DT pada musim depan namun difahamkan hanya sembilan pemain skuad Harimau Selatan dikekalkan dan beberapa pemain lagi bakal diserap dalam skuad Johor pada saingan Liga Perdana 2014.

Antara pemain yang bakal dikekalkan adalah penjaga gol, Muhammad Al-Hafiz Hamzah, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Akram Mahinan, Mohd Hadin Azman, Mohd Nazri Ahmad, kapten Aidil Zafuan Abd Radzak dan Safiq Rahim. Manakala pemain pertahanan, Mohd Farid Ramli, Ahmad Tharmimi Saiban, Mohd Tuah Iskandar, Irfan Abd Ghani dan beberapa pemain lain dikhabarkan akan beraksi bersama skuad Merah Biru pada aksi Liga Perdana. Muslim Ahmad yang sering memanaskan bangku simpanan tampak diketepikan.

Namun begitu, menerusi pemerhatian ammboi dalam beberapa fanpage kelab peminat pasukan JDT, difahamkan peminat begitu kecewa dengan prestasi Nurul Azwan Roya atau dikenali dengan panggilan Awe. Tambah mengecewakan mereka ketika aksi longlai Awe semasa suku akhir kedua menentang pasukan kelahirannya, Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lepas.

komen peminat jdt mengenai awe - nurul azwan roya 2

Apapun ianya tidak mewakili keseluruhan peminat JDT. Didapati ada juga peminat yang menyarankan agar JDT kekalkan Awe diatas persembahan cemerlangnya selama ini bersama pasukan berkenaan. Cuma mungkin bukan tuah Awe pada malam itu kerana tidak mendapat sokongan dan hantaran cantik dari rakan sepasukan.

p/s: Sumbangan bertahun, berbulan, berhari-hari boleh dilupakan dengan kesalahan 90 minit sahaja… Itulah resam bola sepak yang perlu ditanggung oleh pemain. Harap peminat boleh bersabar dan pemain juga tabah meredah kritikan dari ‘peminat tersayang’…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.