Tahniah kepada kerajaan negeri Johor Darul Takzim diatas pengishtiharan cuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu. Ianya akan dilaksanakan mulai Januari 2014. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar semalam menitahkan pertukaran cuti mingguan tersebut.

Sultan Ibrahim Ismail bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan dituntut. Selain itu, baginda juga mahu rakyatnya selesa menunaikan Solat Jumaat.

sultan johor - sultan ibrahim iskandar

“Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur. Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid hingga ada yang tidak sempat menunggu imam membaca doa. Setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014,” titah baginda dipetik Kosmo!.

Untuk info, Johor pernah menguatkuasakan cuti mingguannya pada Jumaat dan Khamis separuh hari bekerja sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994 ketika Johor diterajui Menteri Besar yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.