Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 kini sudah dibuka. Bagi mereka yang sudah memohon dan berjaya mendapatkan BR1M sebelum ini, anda hanya perlu kemaskini sahaja maklumat. Kepada mereka yang baru hendak memohon, anda boleh isi borang permohonan bermula hari ini 23 Disember 2013 dan tarikh tutupnya adalah 31 Januari 2014.
Penerima sedia ada dan pemohon baru?
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.
Borang Permohonan BR1M 2014 (Online)
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN disini – BORANG ONLINE BR1M 2014
BORANG ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2014
PANDUAN PENGISIAN BORANG BR1M 2014 ONLINE
Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
Sila kemukakan salinan:
Pemberian BR1M 2014:
Pembayaran BR1M 2014 dan Info Lanjut:
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.